Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahu Menang Motosikal Modenas? Sertai Peraduan BAKAT BESI Sekarang, Tarikh Tutup 20 Disember Ini!
Auto Terkini

Mahu Menang Motosikal Modenas? Sertai Peraduan BAKAT BESI Sekarang, Tarikh Tutup 20 Disember Ini!

ZYBy ZY29/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA ada bakat melukis, terutama dalam rekabentuk motosikal? Jika YA, jangan lepaskan peluang menyertai program Bakat Besi anjuran R8DER, sub jenama di bawah Modenas yang menumpukan kepada prestasi dan gaya hidup motosikal.

Ditawarkan dalam dua kategori:

  1. REKA SIFU 
  2. BINA SIFU 

1. REKA SIFU – KATEGORI TERBUKA BUAT SEMUA

Kategori REKA SIFU terbuka kepada semua golongan masyarakat dan terbahagi kepada dua sub kategori, iaitu:

  • Rekaan Konseptual
  • Rekaan Livery / Grafik

Jika anda ada bakat merekabentuk motosikal dan berminat menyerlahkan rekaan unik anda itu, cepat sertai  kategori terbuka ini! Penyertaan di atas sudah dibuka sejak 28 Oktober lalu dan tarikh tutup adalah pada 20 Disember ini.

Keputusan akan dibuat berdasarkan penilaian juri dan undian media sosial bermula 21 Disember nanti hingga 15 Januari 2018 bagi kedua-dua sub kategori tersebut. Pemenang pula akan diumumkan pada 21 Januari 2018.

Hadiah utama adalah berupa sebuah motosikal Modenas selain wang tunai dan baucar petrol berserta aksesori motosikal daripada Moto Gear Malaysia untuk pemenang tempat kedua dan ketiga. Tunggu apa lagi! Klik SINI untuk menyertai REKA SIFU.


2. BINA SIFU – KATEGORI KHAS PILIHAN PANEL


Kategori BINA SIFU pula ialah kategori khas yang disertai ‘constructor’ dan ‘customizer’ daripada bengkel pilihan panel penganjur. Berikut 12 bengkel yang terpilih sebagai finalis:

Constructor

1. Cilik Motorsport
2. Panji Motor
3. Maju Mega Bike Racing
4. 16 Performance
5. UTM Racing
6. JND Garage

Customizer

1. E One Bikers
2. Eastern Bobber
3. Rusty Factory
4. Own Motor
5. Hungry Ghost Custom Inc
6. Wak Jep

Setiap pasukan dalam kategori ini terdiri daripada dua orang, iaitu seorang Constructor yang akan menumpukan tugasan prestasi, manakala seorang lagi ialah Customizer yang mengkhususkan kepada kerja kosmetik dan penggayaan.

Jentera yang akan dimodifikasi setiap pasukan ialah motosikal terbaharu Modenas, iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15 yang mana pilihan model ditentukan menerusi cabutan undi. Setiap pasukan akan diberikan wang belanja sebanyak RM5,000 dengan kos tambahan lagi RM5,000 dengan kos keseluruhan modifikasi bernilai RM10,000! Peserta juga perlu menepati syarat tertentu yang ditetapkan penganjur dan paling utama, motosikal custom itu mesti selamat ditunggang!

Penilaian akan bermula 5 Januari 2018 melibatkan pasukan juri profesional dalam industri custom motosikal, termasuk undian umum menerusi saluran media sosial. Hadiah ditawarkan pun tidak kurang hebat, berupa wang tunai bernilai RM10,000 dan kontrak pembuatan bersama Modenas selama 2 tahun!

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi R8DER.

Auto Terkini bakat besi bina sifu contest Modenas modenas pulsar NS200 modenas pulsar RS200 modenas V15 r8der reka sifu roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.