Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Tip Patut Buat Jika Mahu Memandu Malam
Autotainment

10 Tip Patut Buat Jika Mahu Memandu Malam

Han OthmanBy Han Othman08/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU malam kurang meletihkan kerana cuaca malam lebih sejuk. Memandu malam juga lebih bebas memecut kerana kurang kenderaan atas jalan. Malah, operasi perangkap had laju kebiasaannya dilakukan pada sebelah siang – jadi tiadalah kompaun.

Faktanya, memandu malam lebih berisiko. Risiko paling besar adalah disebabkan batasan pandangan anda ketika memandu kerana anda bergantung sepenuhnya kepada lampu jalan, lampu kereta sendiri dan juga lampu kenderaan lain. Tanpa semua lampu-lampu itu, anda tidak ubah seperti orang buta sedang berjalan tanpa punca.

Apakah tip terbaik jika anda mahu atau terpaksa memandu malam? Nah, kami senarai 10 tip terbaik yang wajib anda ikut jika mahu memandu malam dengan selamat!

1. BIASAKAN PAKAI BAJU CERAH

Anda bukan melakukan tugasan menyerang hendap markas penjenayah, tetapi sedang memandu malam. Amat penting untuk membuatkan diri anda mudah dilihat pengguna jalan raya lain. Baju cerah penting apabila berlaku situasi kecemasan seperti menukar tayar pancit atau membantu pemandu lain.

Malah, jika berlaku kemalangan dan anda mungkin tercampak atau terperosok ke mana-mana belukar, baju cerah akan membantu petugas kecemasan mengesan anda. Biasakan memakai pakaian cerah ketika memandu malam seperti putih, kuning atau merah. Boleh juga dipakai bersama kasut cerah yang ada strip reflektor keselamatan.

2. BERI SIGNAL BILA MEMOTONG

lampu-signal-malam
Anda mungkin menganggap cara ini sebagai ‘skema’, tidak ubah seperti budak baru lepas dapat lesen memandu. Tetapi faktanya, cara begini sebenarnya membantu menyelamatkan nyawa anda ketika memandu malam.

Kenapa? Kelipan lampu signal akan membuatkan pemandu di hadapan lebih mudah perasan kehadiran anda yang mahu memotong, terutama drebar lori dan bas yang mempunyai kawasan titik buta luas. Lampu signal turut berfungsi sebagai amaran berjaga-jaga kepada penunggang motosikal di belakang yang mungkin sedang menunggang laju.

Anda tidak rugi apa-apa pun jika memasang signal setiap kali mahu memotong.

3. JANGAN GUNA LAMPU SULUH TINGGI

Apa perasaan anda bila pemandu di belakang memasang atau mengelipkan lampu suluh tinggi berkali-kali supaya anda cepat ke tepi untuk membolehkan dia memotong? Sakit hati bukan?

Ya, dalam budaya memandu Malaysia (mungkin sama di mana-mana negara), memasang atau mengelip lampu suluh tinggi (high beam) supaya diberikan laluan memotong adalah tindakan biadap, tidak sabar dan angkuh. Tindakan itu seakan satu provokasi yang boleh mengundang reaksi negatif pemandu lain.

Kereta anda memang laju dan berkuasa tinggi, tetapi tidak bagi kereta di hadapan yang perlukan sedikit masa untuk masuk ke laluan kiri. Kadangkala ada pula kenderaan lain di sebelah yang menghalang dia menukar lorong dengan cepat. Dia perlu memperlahankan atau melajukan kenderaan. Anda pula di belakang tidak ubah seperti orang gila yang berterusan mengelipkan lampu kononnya pemandu di hadapan terhegeh-hegeh.

Sabar, berilah masa pemandu hadapan itu menukar lorong sebelum anda pula memotong kenderaan pemandu itu. Berapa minit sangat masa yang perlu anda tunggu?

4. BERI SIGNAL SEBAGAI ISYARAT MINTA MEMOTONG

Jika anda mahu memotong dan ada kenderaan di hadapan yang agak lambat atau terhegeh-hegeh, cuba pasang lampu signal dan kekalkan kelajuan selamat di belakangnya. Jangan sesekali cucuk atau pasang lampu suluh tinggi.

Tahukah anda tindakan anda itu – cucuk dan pasang lampu suluh tinggi – dianggap sebagai biadap dan provokasi hingga menyebabkan kereta hadapan sengaja melengahkan masa. Ada pula yang agresif dengan cuba mengekor rapat belakang kereta sebaik sahaja anda memotongnya. Sudahnya, anda dan dia berakhir di katil hospital.

Ingat, pasang saja signal sebagai isyarat sopan mahu memotong. Kami selalu mencuba cara ini dan ia memang terbukti berjaya.

5. BEREHAT SETIAP 2 JAM

rehat-dalam-kereta
Cuba biasakan berehat atau berhenti setiap kali selepas dua jam memandu. Ingat, berehat tidak semestinya perlu tidur. Cukup saja anda keluar dari kereta, dan berjalan-jalan sambil meregangkan otot serta menghirup udara luar.

Anda mungkin rasa cukup kuat untuk memandu berjam-jam lama tanpa henti, tetapi tidak badan anda, terutama jika tidak mendapat cukup rehat. Badan yang letih dan lemah boleh menghilangkan fokus memandu tanpa disedari. Terlelap adalah antara situasi yang kerap menimpa pemandu keletihan dan memandu tanpa henti. Rata-rata mangsa kemalangan akibat terlelap itu mengakui tidak menyangka mereka boleh terlelap tiba-tiba. Jadi, hati-hati!

6. BUKA TOPIK CERITA HANTU

Nampak macam tidak patut dan menyeramkan, tetapi itulah caranya membuatkan si pemandu kekal cergas dan fokus. Lakukan perkara ini jika anda sebagai penumpang. Cara ini bukan saja membuatkan pemandu tidak leka, tetapi turut membuatkan anda tidak hanyut diulit mimpi hingga membiarkan si pemandu kebosanan.

7. INGAT APA PERLU BUAT BILA CEMAS

Langkah ini seperti menanam niat dalam diri. Ya, anda perlu ingat dan cuba visualkan dalam minda apa perlu dilakukan jika situasi kecemasan benar-benar terjadi. Ini sebagai satu persediaan supaya tidak panik. Anda perlu tahu setiap persoalan ini:

  • Apa perkara pertama perlu buat bila tayar pancit?
  • Kereta rosak hubungi siapa?
  • Apa nombor kecemasan?
  • Lampu suluh dan kit kecemasan di mana?
  • Lokasi terkini di mana?
  • Nombor plat dan warna kereta dipandu?

Memang banyak persoalan perlu dijawab, dan anda perlu senaraikan dan jawab sendiri.

8. GANTI BILAH PENGELAP UZUR

wiper-kereta
Anda akan berdepan masalah jika memandu malam dengan bilah pengelap yang sudah uzur. Masalah jadi bertambah besar apabila hujan kerana pandangan hadapan anda akan terjejas teruk. Jangan ambil mudah, sila uji bilah pengelap anda jika merancang memandu malam. Caranya adalah dengan menyembur air ke cermin dan menghidupkan bilah pengelap. Lihat garisan sapuan bilah pengelap sama ada sekata atau bergaris-garis.

Kalau bergaris-garis teruk, sila tukar sekarang. Kalau tiada bajet, tukar dahulu bilah pengelap bahagian pemandu. Takkan itu pun tidak mampu?

9. PERIKSA SEMUA LAMPU

Sama seperti kenyataan nombor satu, anda bukannya sedang membuat serbuan hendap, tetapi mahu memandu malam. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membuatkan kereta anda mudah dilihat pengguna jalan raya lain. Cara paling mudah adalah memastikan fungsi lampu dan cahaya kereta anda beroperasi sepenuhnya. Dua lampu depan mesti sentiasa menyala, termasuk lampu belakang, brek dan signal.

Jangan dilupakan lampu tambahan lain seperti lampu kabus depan dan belakang. Ingat, gunakan lampu itu dengan bijak dan bukan dipasang sesuka hati.

BACA >>> Lampu Kabus Belakang – Bilakah Perlu Dipasang? Kenapa Masih Ramai Tidak Tahu Guna?

10. SIAP SEDIA MINUMAN, MAKANAN

minuman-tenaga
Sesetengah pemandu perlu makan atau minum sesuatu untuk mengelak mengantuk. Boleh beli minuman tenaga atau makanan berasid seperti buah-buahan masam. Boleh juga nyalakan rokok (merokok membahayakan kesihatan).

Memang ada kajian yang menunjukkan semua tindakan di atas boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Tetapi semua itu tidak banyak membantu jika anda sendiri kurang rehat atau kepenatan. Berhenti saja berehat dan tidurlah jika perlu.

10 tip memandu malam autotainment memandu malam tip automobil tip memandu malam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.