Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahu ke Klinik Haiwan, Suspek Navara Tak Perasan Kucing Melompat Keluar Sampai Tergantung Leher
Auto Terkini

Mahu ke Klinik Haiwan, Suspek Navara Tak Perasan Kucing Melompat Keluar Sampai Tergantung Leher

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang menyatakan satu siasatan dibuka berhubung foto tular memaparkan seekor kucing diseret dan digantung di belakang trak pikap jenis Nissan Navara di negeri berkenaan.

DVS turut membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas menerima aduan rasmi sekitar 11.30 pagi. Kejadian berlaku di Jalan Merak Jaya 5, Simpang Ampat, Tambun di Pulau Pinang.

Suspek dalam insiden itu sudah dikenal pasti, manakala kucing tersebut diambil DVS untuk tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut.

DVS turut  mendakwa sudah mengambil keterangan suspek, termasuk menahan sementara trak pikap dipandunya. Kucing dalam kes itu pula kini ditempatkan di bawah jagaan DVS Pulau Pinang.

Kes disiasat bawah Perenggan 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang jika disabitkan bersalah, pelaku boleh didenda tidak kurang RM20,000, dan tidak lebih RM100,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

TIDAK SEDAR KUCING MELOMPAT KELUAR

SEMENTARA itu, Polis Pulau Pinang mengesahkan pemandu Navara itu sudah membuat laporan kejadian kucing tergantung itu pada kira-kira jam 5.29 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim berkata, lelaki itu mendakwa menjumpai kucing jalananitu di rumahnya dalam keadaan tidak terurus.

Boo Khim berkata;

Dia kemudian mahu membawa kucing itu ke klinik bagi tujuan memandulkan haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke klinik, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di belakang kenderaannya cuba melompat keluar hingga berada dalam keadaan tergantung.

“Dia hanya menyedari (perkara itu) selepas sampai di klinik haiwan sebelum membuka ikatan tali di leher kucing terbabit.”

Kes dirujuk kepada DVS Pulau Pinang untuk tindakan lanjut, kata Boo Khim

Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] Auto Terkini Chong Boo Khim Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kucing kena seret trak pikap viral Kucing Tergantung Leher Belakang Nissan Navara Kucing Tergantung Leher Belakang Trak Pikap Nissan Navara
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Perkenal Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.