Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi
Roda4

Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) boleh dianggap sebagai syurga buat golongan kaya kerana segala kemewahan ada di sana. Tidak hairanlah pengeluar kereta mewah berlumba-lumba mahu membuka bilik pameran bersaiz gergasi di sana.

Rolls-Royce ialah antara pengeluar kereta mewah yang baru saja membuka bilik pameran di ibu kota UAE, Abu Dhabi dalam bandar Umm Al Nar di kawasan berkeluasan 900 meter persegi. Kapasiti kemudahan tersebut mampu mempamerkan lima model Rolls-Royce atas lantai pameran yang turut menyediakan kawasan senggara, bar kopi dan ruang istirahat, di mana pemilik boleh memilih gaya cita rasa peribadi yang mahu diterapkan pada kereta mereka dari segi warna, trim dan opsyen lain.

BACA >>> Bilik Pameran Lamborghini Terbesar Dunia Ada di Dubai, Bukan Itali

PELUASAN PASARAN DI RANTAU TELUK

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rolls-Royce, Torsten Muller-Otvos berkata, pembukaan bilik pameran di Abu Dhabi itu boleh dianggap mewakili usaha Rolls-Royce dalam meluaskan pasaran jenama itu ke seluruh rantau Teluk sejak 18 bulan lalu.

“Pelaburan ini menandakan keyakinan pengedar yang berterusan terhadap jenama Rolls-Royce di Timur Tengah.

“Timur Tengah akan terus menjadi peneraju penting dalam pertumbuhan global Rolls-Royce Motor Cars. Tahun lalu, rantau ini menyumbang lebih 15 peratus jualan global kami. Abu Dhabi tidak terkecuali yang terus menunjukkan tahun pertumbuhan luar biasa,” kata Otvos lagi.

KOLEKSI ECTASY CENTENARY

Fakta itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana lapan daripada 82 pengedar Rolls-Royce seluruh dunia berpangkalan di Timur Tengah. Jadi, sempena meraikan pembukaan bilik pameran tersebut, Rolls-Royce mempamerkan koleksi seabad Spirit of Ecstasy, menerusi model Phantom Drophead Coupe.

Model tersebut cuma dihasilkan 100 unit dan dibina khas sebagai menyambut legasi Spirit of Ectasy, iaitu patung perempuan sedang tunduk sambil menghayun lengan ke belakang, yang menghiasi semua bonet kereta Rolls-Royce sejak seabad lalu.

Setiap model koleksi didatangkan dengan perincian rekabentuk seperti lencana RR hitam-putih dan patung legenda, Spirit of Ectasy yang bermandikan cahaya putih.

SUMBER: Car Scoops

Abu Dhabi bilik pameran Rolls-Royce terbesar dunia Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Koleksi Ecstasy Centenary Phantom Drophead Coupe Roda4 Rolls-Royce Spirit of Ecstasy
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.