Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Lumba Kereta Mengundur, Kegilaan Pelik Orang Belanda 80-an
Autotainment

#TahukahAnda: Lumba Kereta Mengundur, Kegilaan Pelik Orang Belanda 80-an

Han OthmanBy Han Othman26/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM kelajuan perlahan, mengundurkan kereta memang mudah bagi kebanyakan pemandu. Jika berhati-hati dan tahu apa sedang dibuat, anda dapat memastikan kereta yang dipandu tidak melanggar objek lain. Namun, apa pula yang bakal terjadi jika anda perlu memandu mengundur sepantas mungkin dan mengelilingi trek lumba bersama kereta lain yang juga melakukan aksi sama? Tentu sukar bukan?

Mengimbas semula era 1980-an, peminat permotoran di Belanda pernah menganjurkan perlumbaan kereta secara mengundur. Ini bermakna, pemandu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada cermin pandang belakang dan sisi, serta memaling muka ke sisi bahu sambil memulas stereng untuk memastikan kereta dipandu mengikut laluan dalam trek.

BACA >>> Ana Carrasco – Juara Dunia Wanita Pertama dalam Perlumbaan Motosikal

Anda tentu sudah dapat mengagak apa yang berlaku sepanjang perlumbaan tersebut. Keputusannya tidaklah mengejutkan seperti mana yang dapat anda lihat pada perlumbaan di Litar Park Zandvoort di Belanda dalam video di bawah ini. Perlanggaran demi perlanggaran berlaku di kiri dan kanan trek walaupun dalam kelajuan perlahan. Semua itu berpunca disebabkan sudut pandangan yang terbatas dan ketidakstabilan pemanduan.

Mengundur keluar dari petak parkir setiap hari memang nampak senang saja, tetapi kerja mudah itu pasti tidak semudah itu ketika sedang berlumba. Apapun, jangan tiru aksi seperti video di bawah ini ok! 😆

BACA >>> Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

SUMBER: RoadAndTrack

autotainment Belanda lumba kereta mengundur Netherlands orang Belanda sukan permotoran videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.