Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lucid Air – Kereta Elektrik Ini Lebih Pantas daripada Mana-Mana Ferrari, Lamborghini
Roda4

Lucid Air – Kereta Elektrik Ini Lebih Pantas daripada Mana-Mana Ferrari, Lamborghini

Han OthmanBy Han Othman12/07/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH prototaip kereta elektrik baru saja memecahkan rekod kelajuan terpantas bagi mana-mana supercar ternama yang dikuasakan petrol.

Lucid Air diuji pada kelajuan 378kmj (235mph) – lebih pantas daripada LaFerrari, Zenvo ST1 dan Lamborghini Veneno – malah, dimaklumkan akan muncul lebih pantas lagi dalam versi sebenar. Setakat ini, McLaren F1 dengan kelajuan 387.8kmj (241mph) ialah penanda aras kelajuan yang mungkin dalam sasaran Air untuk dipecahkan.

Ujian tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana tampil bogel, tanpa sebarang komponen dalaman. Namun, apa yang tidak dapat dinafikan, Air memang pantas! Walaupun pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu, Lucid Motors mengakui belum cukup dana untuk membangunkan fasiliti yang mampu menghasilkan produk-produk EV secara pengeluaran besar-besaran, tetapi perkembangan ditunjukkan itu nyata memberangsangkan.

PESAING KUAT TESLA?

Pengeluar yang berpangkalan di California itu masih lagi mengunci mulut tentang perincian transmisi, tetapi Air dijangka masih menggunakan kotak gear sebenar. Pemecut-tunggal (single-speeder) tidak mampu beroperasi sempurna dalam kelajuan rendah jika gear dinaikkan cukup tinggi untuk mencapai 378kmj.  Model Air spesifikasi tinggi bakal menyasarkan julat 643.7km pada pemanduan biasa atau santai. Output kuasa pula adalah sekuat 1,000hp.

Sebuah kilang di Arizona juga sedang dalam perancangan, tetapi 2019 masih terlalu awal bagi Lucid Motors untuk bermula melainkan syarikat EV yang diasaskan pada 2007 itu mendapat cukup dana. Jika berjaya dilaksanakan, model permulaan Air bakal dijual pada harga sekitar AS$60,000 (RM257,850), manakala varian premium oleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM429,750).

GALERI

SUMBER: Car Throttle

EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Lucid Air Lucid Motors Lucid Motors Air Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026

1 Comment

  1. awie on 12/07/2017 11:42

    kelajuan tinggi bagus utk pencapaian pihak syarikat pengeluar, tapi pihak pengguna memerlu kenderaan yang reliabiliti dan penjimatan dari km/cas..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.