Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lotus Exige Sport 410 – Model Exige V6 yang Paling Ringan, Jinak
Roda4

Lotus Exige Sport 410 – Model Exige V6 yang Paling Ringan, Jinak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOTUS masih tidak menghasilkan model serba baharu sejak Evora pada 2009, tetapi dijangka berubah dalam beberapa tahun akan datang. Pastinya Lotus bakal mendapat banyak manfaat sejak dimiliki pengeluar automotif dari China, Geely yang memiliki kedudukan kewangan lebih stabil selain turut memiliki Volvo.

Hasilnya, pengeluar Britain itu akan melancarkan dua model sport baharu menjelang 2020 dan salah satunya bakal  menggantikan model Elise atau Evora, manakala satu lagi ialah model baharu yang berorientasikan trek. Kemudian, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama iitu akan menyusul pada 2021 atau 2022.

Buat masa ini, Lotus hanya akan mengeluarkan edisi istimewa untuk model sedia ada. Tahun lalu menyaksikan penampilan Exige Cup 430 yang ekstrem, dan kali ini muncul pula adiknya dalam versi lebih jinak dan lebih mesra jalanan. Digelar Exige Sport 410, model sport ringan terbaharu Lotus itu mewarisi komponen trek Exige Cup 430 yang menyaksikan naik taraf signifikan berbanding 350.

PEMANDUAN ATAS JALAN TERBAIK

Menurut Lotus, Exige Sport 410 direka untuk pemanduan jalanan terbaik yang tidak mampu dicabar pesaing lain dalam kelas sama. Kereta sport ini dilengkapi casis, suspensi dan trenkuasa termaju yang sama seperti saudaranya, Exige Cup 430 yang lebih menumpukan kepada pemanduan trek.

Di sebalik bonet ialah enjin 3.5L supercas V6 daripada Exige Cup 430 yang ditala semula, dan dikalibrasikan untuk menghasilkan kuasa 410hp (7,000rpm) dan tork 420Nm. Kuasa dihasilkan disalurkan kepada transmisi manual 6 kelajuan nisbah rapat.

BACA >>> Alahai, Comelnya Helmet Kucing Buatan Lotus Ini!

Exige Sport 410 dilengkapi peredam nitron boleh laras 3 tahap yang ditala semula supaya sesuai untuk tetapan aerodinamik baharu. Selain berkongsi rekabentuk sama seperti Exige Cup 430, model ini dibangunkan untuk menjana 149.6kg daya bawah (downforce). Bahagian depan dirombak dengan gril lebih lebar, tirai udara gentian karbon dan spliter depan. Perubahan itu juga ada pada Sport 350.

NISBAH KUASA-BERAT TERBAIK

Dengan berat kering 1,054kg, Exige Sport 410 memberikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) terbaik dalam kelas dengan kuasa 389hp bagi setiap tan, menjadikan kereta ini sebagai model Exige V6 paling ringan. Berat juga dikurangkan menerusi penggunaan sistem ekzos titanium, iaitu sebanyak 9.9kg.

Komponen gentian karbon dapat dilihat menerusi penutup sil, bumbung, instrumen meter dan lid bampar. Fizikal ringan membolehkan Exige Sport 410 memecut 0-100kmj sepantas 3.3 saat dengan kelajuan tertinggi 289kmj. Walaupun dibangunkan untuk pemanduan jalanan, model ini turut menawarkan opsyen trek seperti ciri cut-off elektrik dan kawalan pemadam api.

BACA >>> Lotus 3-Eleven 430 – Tetap Penanda Aras Baharu Kereta Sport dengan Nilai Wang

Tiada beg udara, termasuk pada roda stereng, harnes 4-poin dan sangkar oleng (roll cage) patuh FIA turut dipasang. Ruang dalaman terhidang roda stereng Alcantara dan kerusi sport gentian karbon Lotus, juga dengan opsyen Alcantara dan kulit atau trim kulit penuh dengan sulaman kontras.

Pek warna untuk ruang dalaman memberikan kemasan kontras, penyaman udara dan pemanas keliling, material karbon untuk kerusi eyelet dan bezel tingkap elektrik. Penyaman udara dan sistem hiburan bersepadu seperti iPod dan konektiviti Bluetooth juga disediakan. Harga Exige Sport 410 di Britain bermula £85,600 (RM458,045).

SUMBER: CarBuzz

Geely Kereta Sport Lotus Lotus Exige Sport 410 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Lepas L6 2026 Euro
    Elektrifikasi

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    20/04/2026
    Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

    20/04/2026
    Honda Insight 2026 lancar di Jepun
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.