• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Alahai, Comelnya Helmet Kucing Buatan Lotus Ini!

Alahai, Comelnya Helmet Kucing Buatan Lotus Ini!

April 13, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda kelompok penggemar kucing di negara kita begitu besar hingga ada majalah khas tentang kucing? Ya, benar, kita ada majalah yang bercerita khusus pasal kucing semata-mata. Contoh lain, laman media sosial milik kucing peliharaan sepasang selebriti terkenal sudah mengumpul 740,000 pengikut. Ini menunjukkan haiwan mamalia itu bukan saja disukai dan disayangi ramai, tetapi juga selalu mendapat perhatian.

HELMET KUCING

Anak syarikat DRB-Hicom, Lotus mengambil inisiatif mengeluarkan helmet penuh dipanggil Lotus Pet Lids yang dibikin khas buat kucing. Selain ringan, helmet itu juga ergonomik kerana memang direka khusus untuk kegunaan haiwan tersebut bersiar-siar menaiki kereta Lotus.

Tapi helmet comel itu bukan senang-senang saja direka kerana perlu melalui pelbagai siri ujian sebelum dikeluarkan secara rasmi. Lihat saja berat helmet tersebut yang hanya 25 gram, memang diukur tepat dengan saiz badan seekor kucing normal. Lebih menarik, helmet berkenaan boleh ditempah khas dengan nama haiwan dan jenis darah ala kereta lumba.

Pengeluaran topi ini adalah sebab  Clark, kucing kesayangan kami di kilang Hethel yang suka menumpang sama ketika ujian kereta di litar. Memandangkan keselamatan sangat penting, sudah jadi kewajipan kami untuk lengkapkan Clark dengan tahap keselamatan yang sama seperti pemandu uji lain."

- Felix Shepard, Ketua Keselamatan Lotus

Topi tersebut boleh ditempah dan direka khusus mengikut cita rasa peribadi menerusi Program Eksklusif Lotus. Bagaimanapun, tiada sebarang harga rasmi disebut untuk helmet tersebut. Biar berapa harga sekalipun, pembuatan helmet itu tetap satu idea yang sangat comel dan bernas daripada Lotus!

Tetapi satu soalan yang agak menarik, bila dah pakai topi keledar, takkan tiada tali pinggang keselamatan untuk si Clark ini?

Adakah ini satu jenaka daripada Lotus?

😉

Artikel Berkaitan

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, helmet, Lotus, Lotus Pet Lid, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my