Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Hadkan Motosikal di Lebuh Raya Perlu Dinilai Secara Praktikal, Belum Ada Keputusan
Auto Terkini

Loke: Hadkan Motosikal di Lebuh Raya Perlu Dinilai Secara Praktikal, Belum Ada Keputusan

SyafieBy Syafie28/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CADANGAN untuk menghadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya perlu dibincangkan secara praktikal dan teliti, termasuk menilai keberkesanan serta kesannya terhadap pengguna lain sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun pelbagai cadangan sudah dikemukakan, pelaksanaannya perlu dilihat daripada sudut kebolehlaksanaan sebenar di lapangan.

Pelbagai Cadangan, Aspek Praktikal Jadi Penentu

Menurut beliau, antara pihak yang mengemukakan cadangan termasuk pengendali lebuh raya seperti PLUS Malaysia Berhad (PLUS), namun kesesuaiannya masih perlu dinilai secara menyeluruh.

Ada macam-macam cadangan yang dikemukakan termasuk daripada pengendali lebuh raya, tetapi sama ada ia praktikal atau tidak, itu yang perlu dilihat,” katanya.

Perlu Ambil Kira Keperluan Pengguna

Anthony berkata, antara aspek penting yang perlu dipertimbangkan ialah kesan terhadap pengguna motosikal yang benar-benar bergantung kepada lebuh raya untuk ke tempat kerja atau destinasi harian mereka.

Cadangan seperti menghadkan pergerakan motosikal mengikut masa tertentu atau kapasiti tertentu dikemukakan susulan peningkatan ketara kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal sejak tiga tahun kebelakangan ini, khususnya pada waktu puncak.

Bukan Bidang Kuasa Penuh MOT

Bagaimanapun, Anthony menjelaskan isu tersebut bukan berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa MOT, sebaliknya melibatkan pelbagai agensi lain.

Perkara ini turut membabitkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Kementerian Kerja Raya (KKR) serta pengendali lebuh raya,” katanya.

Menurutnya, sebarang keputusan memerlukan perbincangan antara agensi serta penilaian menyeluruh dari aspek keselamatan dan keperluan pengguna.

Aspek Keselamatan Tetap Diutamakan

Dalam masa sama, Anthony mengakui terdapat potensi kebaikan dari sudut keselamatan, khususnya bagi mengelakkan lebuh raya menjadi lokasi perlumbaan haram atau tunggangan berbahaya.

Kita tahu mungkin ada kebaikan dari segi keselamatan, terutamanya untuk menghindarkan lebuh raya ini menjadi medan lumba haram,” katanya.

Penunggang Motosikal Kekal Mangsa Tertinggi

Sebelum ini, media melaporkan penunggang motosikal kekal sebagai kumpulan korban tertinggi, dengan hampir 3,000 kematian direkodkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) menunjukkan faktor utama peningkatan kematian ialah kelajuan berlebihan, tunggangan cuai dan pelanggaran peraturan jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Lebuh Raya Penunggang Motosikal
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.