Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LLM Nafi Dakwaan Penunggang Motosikal Mula Bayar Tol Oktober 2025
Auto Terkini

LLM Nafi Dakwaan Penunggang Motosikal Mula Bayar Tol Oktober 2025

SyafieBy Syafie11/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya penunggang motosikal akan mula membayar tol bermula Oktober 2025.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi membetulkan maklumat mengelirukan yang dimuat naik akaun ebidmotor di Facebook, Instagram dan Tiktok pada 9 Ogos lalu.

Menurut LLM, hantaran berjudul ‘Penunggang Motosikal Boleh Merasai Pengalaman Membayar Tol Mulai Oktober 2025 Ini‘ adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan salah faham, khususnya kepada pengguna motosikal, serta menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya.

Ujian Sistem Tol Terbuka ANPR, Bukan Caj Baharu Motosikal

PLUS mula projek rintis ANPR

LLM menjelaskan bahawa PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

  • Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS.
  • Objektif utama adalah:
    • Melancarkan aliran trafik di plaza tol
    • Meningkatkan keselesaan pengguna
    • Mengurangkan kesesakan

LLM menegaskan tiada perubahan kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini dan penunggang motosikal kekal tidak dikenakan bayaran tol.

Seruan LLM Kepada Pengguna Lebuhraya

LLM mengingatkan orang ramai supaya:

  • Tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu
  • Merujuk sumber rasmi dan kenyataan sahih pihak berkuasa
  • Mengelak dari terpengaruh dengan kandungan yang berunsur mengelirukan atau hasutan di media sosial

SUMBER: FB LLM

Auto Terkini Bayaran Tol Terbuka Berita Palsu Kementerian Kerja Raya (KKR) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Auto Terkini

    Toyota Corolla dan Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition Untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.