Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) Wajah Baharu, Akan Buka Hingga Tengah Malam!
Auto Terkini

Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) Wajah Baharu, Akan Buka Hingga Tengah Malam!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANG International Kart Circuit (SIKC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal berubah wajah tidak lama lagi yang akan menjadi hab gaya hidup dan tarikan terbaharu di SIC.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif pada majlis pengenalan operator baharu SIKC, Autoplay Group di SIC, semalam yang dihadiri Pengerusi Autoplay Group, Gin Ong dan Ketua Pegawai Komunikasi (CCO), Olivier Maresch.

Autoplay Group sebenarnya ada kaitan dan bermula di China dalam aktiviti go-kart, termasuk kini mengusahakan perniagaan go-kart di Johor.

Ong berkata, tapak SIKC akan diperbaharui dengan unit go-kart serba baharu, motosikal mini, pencahayaan baharu untuk sesi perlumbaan malam, ruang hospitaliti, premis makanan, hab gaya hidup, jualan dan baik pulih go-kart serta gudang simpanan persendirian.

Malah waktu operasi akan bertukar daripada jam 8 pagi hingga 7 malam kepada 11 pagi hingga 2 pagi menerusi kemudahan pencahayaan lampu di litar.

Azhan Shafriman menjelaskan pelantikan Autoplay Group bermula sejak pertengahan Ogos lalu dengan kontrak selama tiga tahun. Selepas itu, SIC akan membuat keputusan sama ada memperbaharui kontrak dua hingga tiga tahun, atau sebaliknya.

Mengulas mengenai lantikan Autoplay Group;

Pemilihan Autoplay Group bukan secara lantikan terus tetapi kami melakuakn RFQ (request for quote) untuk mencari operator baharu untuk kart. Kami memanggil beberapa syarikat dan menyenarai pendek tiga firma.

“Jadi, berdasarkan syarat teknikal, komersial dan beberapa lagi. Kami dapati Autoplay ialah operator paling baik dan sesuai untuk SIKC.”

Apabila ditanya mengenai harapan pembaharuan yang akan dibuat menerusi pelantikan Autoplay, Azhan Shafriman menjawab;

Salah satu perkara yang perlu ditambah baik ialah kemudahan SIKC. Fasiliti seperti Grandstand, tempat duduk dan pejabat di situ sudah usang dan lama. Kita harap dengan ketibaan Autoplay, mereka komited untuk membuat pelaburan di situ.

Akan ada tambahan lampu baharu (pencahayaan di trek) yang membolehkan waktu operasi litar dilanjutkan lebih 7 malam. Kami tidak menetapkan KPI berhubung jumlah acara yang perlu dibuat Autoplay (dalam setahun).

“Cuma aspek sewa dan kos sudah kami tetapkan. Mereka sudah menyatakan komitmen membayar SIC untuk ruang, tapak dan segalanya.

Kami juga meminta mereka melihat aspek CSR untuk membantu akar umbi untuk datang dan supaya pihak operator mengkomersialkan tempat itu.

“Sebelum ini, kita ada operator yang melakukan tugas itu. Cuma saya nak operator sekarang, iaitu Autoplay mengubah situasi itu kepada tahap baharu supaya dipandang umum sebagai tempat berkumpul dengan aktiviti gaya hidup.”

PELAN UBAH SUAI SIKC

BACA >>> Nur Fatihah – Inilah Satu-Satunya Pelumba Perempuan SIC Ohvale Junior Championship 2022!
BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
BACA >>> Litar MT3 di Sepang Bakal Jadi Pusat Uji Sistem Keselamatan Kenderaan Peringkat Asean
BACA >>> GP Malaysia 2022 Mula 21 Oktober Ini, Damok Sah Beraksi di Sepang!

Autoplay Group autoterkini Azhan Shafriman Hanif Gin Ong Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Olivier Maresch roda2 Sepang International Kart Circuit (SIKC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.