Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lewis Hamilton Juara F1 2017 – Saingi Rekod Ayrton Senna, Sebastian Vettel
Auto Terkini

Lewis Hamilton Juara F1 2017 – Saingi Rekod Ayrton Senna, Sebastian Vettel

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA pusingan sebelum ini di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport sudah pun dinobatkan sebagai juara kategori pengeluar Formula Satu (F1) buat kali keempat berturut-turut. Satu pencapaian yang cukup membanggakan, apatah lagi kemenangan tersebut turut membawa bersama nama syarikat konglomerat dari Malaysia – Petronas!

Mercedes-AMG Petronas Motorsport berjaya meraih 575 mata dan meninggalkan Ferrari (428 mata) dalam kejohanan yang berbaki tiga lagi perlumbaan. Kehebatan pasukan tajaan Petronas itu sekali lagi dibuktikan apabila pelumbanya, Lewis Hamilton berjaya memenangi kejuaraan kategori pemandu pada perlumbaan yang berlangsung di GP Mexico, Ahad lalu.

Menariknya, kejayaan itu diraih walaupun Lewis berada di kedudukan ke-9 disebabkan insiden perlanggaran dengan Sebastian Vettel pada awal perlumbaan.

Berikut Catatan GP Mexico:

  • Valteri Bottas menjadi satu-satunya pemandu Mercedes-AMG Petronas Motorsport yang menaiki podium. Beliau meraih tempat kedua, diapit Max Verstappen (pertama) dan Kimi Raikkonen (ketiga).
  • Podium kedua adalah kedudukan terbaik dicapai Bottas di litar Autódromo Hermanos Rodríguez, dan podium ke-20 beliau dalam F1.
  • Lewis Hamilton bermula di grid ketiga, tetapi terlibat dalam kemalangan dengan Sebastian Vettel seawal pusingan pertama. Beliau sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-9.
  • Hamilton mendahului kejuaraan dengan 333 mata, yakni 56 mata di hadapan Vettel (277 mata) dalam kejohanan yang berbaki dua perlumbaan lagi.
  • Bottas pula mencatat 262 mata dan kini di tempat ketiga keseluruhan.
  • Selepas memenangi kejuaraan pengeluar minggu lalu di Austin, Mercedes-AMG Petronas Motorsport mencatatkan 595 mata di hadapan Ferrari (455 mata).
  • Keputusan Mexico ialah podium kali ke-290 untuk Mercedes-Benz dalam F1.
Berikut Komen Lewis Hamilton Selepas Meraih Kejayaan F1 Keempat:

Saya sangat bersyukur apabila berfikir tentang segala-galanya yang berlaku tahun ini, dan segala yang perlu dilakukan untuk menghasilkan keputusan ini. Saya tidak melakukan ini sendiri, ada ribuan orang di Brackley dan Brixworth yang memberi peluang untuk saya mengeksploitasi kebolehan diri.

“Saya mendapat sokongan hebat seluruh dunia, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang percaya. Untuk melakukan semua ini di Mexico, dan memberi cahaya positif di negara yang mengharungi masa sukar sejak berbulan lalu (Mexico dilanda gempa bumi sebelum ini), segalanya sangat istimewa.

“Tidak kira apa yang berlaku dalam perlumbaan hari ini. Saya membawa azimat ‘Still I Rise’ di belakang helmet saya – bermakna apabila anda tersingkir, anda akan kembali lagi, dan terus berusaha sedaya upaya. Saya tidak pernah berputus asa, dan saya terus berusaha. Empat ialah angka besar, tetapi saya mahu kejuaraan kelima sekarang!”

Auto Terkini F1 Formula 1 Formula Satu Formula Satu (F1) juara F1 2017 Lewis Hamilton Mercedes-AMG Petronas Motosport Mercedes-benz Petronas Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.