Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Leona Chin, Juara Keseluruhan MTC MCS 2021!
Auto Terkini

Leona Chin, Juara Keseluruhan MTC MCS 2021!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA wanita tempatan, Leona Chin mempamerkan aksi menakjubkan pada permulaan Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 apabila mencatatkan dua kemenangan.

Ratu drift negara itu kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk melengkapkan baki dua pusingan perlumbaan MCS (Pusingan 3 dan Pusingan 4).

BACA >>> 3 Podium Milik R Engineering HMRT Pada Pusingan 3 MCS 2021
BACA >>> R Engineering HMRT Dominasi Podium Pusingan 4 MCS 2021

Pusingan 3 berlangsung sama seperti Pusingan 1 dan Pusingan 2. Bagaimanapun, Pusingan 4 agak berbeza kerana perlumbaan akhir itu disertakan format enduran 300km yang menawarkan mata berganda kepada pemenang.

Dalam saingan akhir itu, Leona dan pasukannya bukan hanya sampai ke garisan penamat, tetapi mengumpul mata mencukupi untuk dinobatkan Juara Keseluruhan kategori Malaysia Touring Car (MTC).

ENJIN BERMASALAH, HUJAN MAKIN LEBAT

Permulaan Pusingan 3 tidak seperti diharapkan berikutan masalah enjin jentera hingga menjejaskan rentak pelumba pada sesi latihan.

Disebabkan jadual padat, pasukan Leona tiada masa mencukupi menyelesaikan masalah tersebut sebelum sesi kelayakan. Hujan pada hari perlumbaan pula menjadikan saingan lebih sengit.

Bagaimanapun, mereka masih dapat mencatatkan masa 2:43.236 pada sesi kelayakan di kedudukan P3 untuk memulakan perlumbaan.

Jentera Leona juga berdepan masalah cetusan salah (misfire) yang memaksa pasukannya mengorbankan masa kerana perlu berhenti di pit untuk membaik pulih jentera pada Perlumbaan 1.

Apabila masuk semula ke trek, masalah sama berulang dan masa berhenti di pit menyebabkan mereka ketinggalan dua lap di belakang pendahulu perlumbaan. Akhirnya, Leona dan rakan sepasukan akur di kedudukan P7.

JENTERA PULIH, TREK MENCABAR

Beberapa jam sebelum Perlumbaan 2, pasukannya sempat memulihkan jentera lumbanya. Pada masa itu, Akina Teo memulakan perlumbaan dan berlumba cara selamat kerana kondisi trek agak mencabar.

Akina yang dibantu maklumat pengurus pasukan, Wayne meneruskan momentum perlumbaan hingga dapat mengekori belakang pendahulu perlumbaan sebelum akhirnya memintas hingga garisan penamat.

BACA >>> Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)

Selepas selesai dua perlumbaan, fokus mereka beralih kepada perlumbaan final 300km untuk merebut mata berganda disediakan yang bakal menentukan bakal juara sebenar.

Akina memulakan sesi pemanduan awal dengan mengekalkan kelajuan yang baik sebelum menyerahkan tugas kepada Leona. Masih ada beberapa masalah, tetapi Leona masih mampu meneruskan saingan. Siapa sangka, baki 10 lap sebelum tamat aksi enduran itu, pendahulu perlumbaan terbabas, sekali gus membuka peluang kepada Leona untuk merangkul gelaran juara.

Mereka cuma perlu mengekalkan momentum dan memastikan kereta melepasi garisan penamat kerana pencabar terdekat ketinggalan 1 lap di belakang.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!

DUA JAM BERLUMBA, JUARA MILIK SWIFT #7

Akhirnya, selepas 52 lap dengan lebih dua jam berlumba, Suzuki Swift #7 melepasi garisan penamat dengan merangkul juara MTC dan Juara Keseluruhan kategori itu. Ini memang momen paling ditunggu Leona sejak bertahun lama. Katanya;

Kami amat gembira apabila keputusan diumum. Kami berada dalam industri sejak bertahun-tahun lama dan sering memandang ke depan. Akhirnya, hari ini membuahkan hasil.”

Pada November lalu, Leona turut memenangi Perlumbaan Enduran 1000KM Sepang, dan beliau kini memegang gelaran Juara Keseluruhan MTC MCS 2021.

BACA >>> Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!
BACA >>> Kenapa Myvi Boleh Redah? Mekanik Ini Ajar Tip Kenal Paras Air Sebelum Berani Harung Banjir

Akina Teo Auto Terkini Leona Chin Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Malaysia Touring Car (MTC) Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 sukan permotoran Suzuki Swift #7
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.