Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf, Beritahu Bina 11 Bonggol Guna Duit i-Sinar
Auto Terkini

Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf, Beritahu Bina 11 Bonggol Guna Duit i-Sinar

Han OthmanBy Han Othman18/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki di Besut memohon maaf kerana membina 11 bonggol atas jalan di sebelah rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mendakwa didatangi pegawai polis pada pagi semalam yang meminta dia membuang semua bonggol tersebut. Susulan itu dia bertindak mengupah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ.

Kisah mengenai Nor Muhammad Roslam tular dalam media sosial selepas seorang individu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya dengan 11 bonggol tar yang dibina berjarak tidak sampai 40 meter hingga menyusahkan penduduk keluar dan masuk ke jalan utama. Malah ada juga individu memuat naik video pandu uji melepasi bonggol tersebut menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4×4)

BACA >>> “Hilux Hilux is the Way!” Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/01/11-bonggol-besut-terengganu.mp4

 

BUNYI KENDERAAN GANGGU TIDUR

Nor Muhammad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu memandu laju di jalan tersebut tanpa mengira masa.

 

Tambahan lagi bilik tidurnya berada di sebelah jalan tersebut hingga menyebabkan bunyi bising kenderaan mengganggu tidur dan membuatkan dia tertekan. Malah, dia turut mengakui mengalami masalah mental, tetapi belum mendapatkan rawatan.

Sebenarnya saya mahu bina bonggol yang landai saja, tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia jadi bonggol tinggi hingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya.

Dia turut memaklumkan membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

BACA >>> #Videotomotif: Jumpa Bonggol Raksasa? Range Rover Evoque Cakap ‘No Problem’

SUMBER: Bernama

11 Bonggol Jalan Auto Terkini Besut Bonggol Jalan i-Sinar Lelaki Sakit Mental Nor Muhamad Roslam Harun
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.