Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya SUKE Fasa 2 Buka Tengah Malam Ini, Tol Percuma Hingga 29 Jun Ini
Auto Terkini

Lebuhraya SUKE Fasa 2 Buka Tengah Malam Ini, Tol Percuma Hingga 29 Jun Ini

Han OthmanBy Han Othman15/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FASA 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) rasmi dibuka Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Plaza Tol Alam Damai, hari ini.

Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8km bermula Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga Persimpangan Cheras-Kajang akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 16 Jun 2023, jam 12.01 pagi (tengah malam ini).

Pembukaan Fasa 2 ini juga memiliki satu plaza tol, iaitu Plaza Tol Alam Damai yang akan beroperasi secara percuma selama dua minggu bermula 16 Jun 2023, 12.01 pagi (tengah malam ini) hingga 29 Jun 2023, 11.59 malam di Plaza Tol Alam Damai sahaja.

Selepas tamat tempoh tol percuma tersebut, bayaran dikenakan ialah RM2.30 di Plaza Tol Alam Damai.


Menerus pembukaan jajaran Fasa 2 ini, pengguna dapat menggunakan keseluruhan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4km dari Sri Petaling ke Ulu Kelang.

Terdapat satu lagi persimpangan, iaitu Jalan Susur (Ramp) Jalan Alam Damai masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun ini. Secara keseluruhan, Projek Lebuhraya SUKE ini sudah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 99.54 peratus, setakat 4 Jun lalu.

Lebuhraya SUKE adalah rangkaian lebuh raya yang menghubungkan lima (5) lebuh raya lain, iaitu:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA)
  • Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak

Pembukaan fasa terbaharu ini melengkapkan objektif utama Lebuhraya SUKE, iaitu menyuraikan kepadatan trafik khususnya sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Lebuh raya ini juga dijangka membantu menampung sebahagian trafik yang lazimnya melalui MRR2 dan dapat memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit, berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) dan PROLINTAS menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan memandu berhemah.

SIAPA KENDALI SUKE?

Sebagai makluman, Lebuhraya SUKE dibangun dan diuruskan Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd yang juga anak syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS).

PROLINTAS ialah syarikat pemegang pelaburan milikan bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

PROLINTAS juga menjadi pengendali lebuh raya bandar terbesar di Lembah Klang yang terdiri daripada Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.prolintas.com.my.

Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi FASA 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Lebuh Raya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Prolintas
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.