Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KM77-79) Arah Timur Dibuka Semula
Auto Terkini

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KM77-79) Arah Timur Dibuka Semula

FarahBy Farah04/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA kini sudah boleh melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di KM77 – KM79 hala timur yang dibuka semula sejak jam 3 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam satu kenyataan media.

Justeru, pengguna lebuh raya yang mahu ke Pekan Karak tidak perlu lagi membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing. Bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu membuat pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi turut memaklumkan lorong kiri dan kanan ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM77 sudah dibuka sepenuhnya, tetapi pengguna diingatkan supaya mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula Sungai Dua di KM74.8 hingga KM77.3 untuk keselamatan dan keselesaan semua.

Sebelum ini, laluan tersebut ditutup sejak banjir tengkujuh yang berlaku pada pertengahan Disember lalu. Laluan itu kembali dibuka selepas kerja-kerja pembersihan dan pembaikan siap dilakukan.

Pengguna yang merancang perjalanan ke Pantai Timur boleh mengikuti laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lebih tepat dan pantas.

BACA >>> Semua Tren KTMB Laluan Pantai Timur Batal!
BACA >>> Video Penunggang Warga Emas Lawan Arus Maut Dirempuh

SUMBER: Lebuhraya Pantai Timur

banjir karak lebuhraya karak ditutup Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak LPT1
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.