Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 100,000 Proton Saga Dijual Sejak 2019, Jadi Sedan Segmen-A Paling Laris Malaysia
Auto Terkini

Lebih 100,000 Proton Saga Dijual Sejak 2019, Jadi Sedan Segmen-A Paling Laris Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mengumumkan kejayaan menjual dan menyerahkan 100,999 unit model Saga kepada pelanggan sejak sedan versi dipertingkat itu dilancarkan pada Ogos 2019.

Rekod dicipta dalam masa 30 bulan itu membolehkan Proton mendominasi segmen-A (sedan) dan berada selangkah di hadapan pencabar terdekat, Perodua Bezza.

Pencapaian Proton agak impresif memandangkan industri automotif Malaysia menerima pelbagai tamparan sepanjang pandemik Covid-19, termasuk penutupan sektor pembuatan, masalah bekalan komponen dan ekonomi negara merudum.

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?

Saga pernah mencatat tempahan hingga 500 unit sehari. Terbaharu, jualan Saga sepanjang bulan lalu (November 2021) mencecah 5,666 unit. Saga yang dijual ketika ini adalah model generasi ketiga versi dipertingkat (facelift).

BACA >>> Proton Saga Black Knight Muncul Juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021
BACA >>> Proton Saga CKD Akhirnya Debut di Pakistan

pandu uji proton saga 2016

Generasi pertama Saga, yang juga kereta pertama buatan Malaysia, dilancarkan pada 1985, manakala generasi kedua, Saga BLM tiba pada 2008. Saga generasi ketiga dilancarkan pada 2016 dan menerima naik taraf pada 2019.

Model semasa menggunakan trenkuasa 1.3L VVT berkuasa 93hp dan tork 120Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan.   Saga juga hadir dengan gril signatur, Infinite Weave dan dilengkapi lampu siang (DRL) LED serta rim 15 inci.

BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)


Selain Saga standard, Proton pernah melancarkan dua varian istimewa sedan mini itu, iaitu versi R3 Limited Edition dan Anniversary Edition.

BACA >>> Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k
BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?
BACA >>> Baru 2 Minggu, Perodua Bezza (2020) Sudah Terima 15k Tempahan, 1.3L AV Paling Laku!

Generasi Saga Malaysia Proton Saga Proton Saga (2019) Facelift Sedan Segmen-A
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.