• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru 2 Minggu, Perodua Bezza (2020) Sudah Terima 15k Tempahan, 1.3L AV Paling Laku!

Baru 2 Minggu, Perodua Bezza (2020) Sudah Terima 15k Tempahan, 1.3L AV Paling Laku!

January 21, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BARU dua minggu dilancarkan, Perodua Bezza (2020) sudah menerima 15,000 unit tempahan. Daripada jumlah itu, 2,000 unit sudah diserahkan kepada pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menghantar semua tempahan kepada pelanggan secepat mungkin.

“ Tempoh menunggu sekarang ialah sekitar dua bulan dan kami jangkakan kadar menunggu akan lebih singkat bermula Februari depan. Kami memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan berharap mereka yang sudah membuat tempahan dapat bersabar.

“ Daripada empat pilihan varian Bezza, versi AV adalah paling laris. Daripada keseluruhan tempahan, 60 peratus pilih AV dan diikuti dengan varian GX,” katanya lagi.

PERODUA BEZZA (2020) LAGI PADU

Dilancarkan pada 8 Januari lalu, Perodua Bezza (2020) menerima beberapa luaran, dalaman dan keselamatan. Dari rupa luaran, Perodua Bezza (2020) hadir menerusi rekabentuk  lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu.

Rekabentuk lampu belakang masih sama, tetapi bampar belakang diberikan kemasan reflektor besar dan nampak seperti ventilator udara palsu seperti Axia facelift dan Myvi, berserta padanan difuser lebih besar. Melengkapkan imej berkenaan ialah set rim aloi dwi-tona baharu.

Perodua Bezza (2020) didatangkan dalam empat pilihan varian dan harga seperti berikut:

  • Perodua Bezza 1.0 GX (MT) - RM34,580
  • Perodua Bezza 1.0 GX (AT) -  RM36,580
  • Perodua Bezza 1.3 X (AT) - RM43,980
  • Perodua Bezza 1.3 AV (AT) - RM49,980

BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?

SUDAH ADA A.S.A 2.0

Turut tidak ketinggalan, Ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 disematkan pada Bezza (2020) menerusi varian AV, sekali gus menjadikan ia sedan paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.

A.S.A 2.0 menyediakan pakej bantuan pemandu yang terdiri daripada:

  • Pengesan Pejalan Kaki - hingga 50kmj
  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) - hingga 100kmj
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB) - hingga 80kmj
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan besar pada trenkuasa Bezza (2020) yang  masih mempertaruhkan enjin 1KR-VE 1.0L VVT-i (67 hp, 91Nm) dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Syabas Perodua !!!

GALERI
PERODUA BEZZA (2020)_5
PERODUA BEZZA (2020)_4
PERODUA BEZZA (2020)_3
PERODUA BEZZA (2020)_2
PERODUA BEZZA (2020)_1
Bezza X_4
Bezza X_3
Bezza X_2
Bezza X_1
Bezza G_3
Bezza G_1
Bezza AV_8
Bezza AV_7
Bezza AV_6
Bezza AV_5
Bezza AV_4
Bezza AV_3
Bezza AV_2
Bezza AV_1
Bezza G_2

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bezza av, enjin perodua bezza 2020, harga perodua bezza 2020, kadar menunggu bezza, Perodua Bezza (2020), tempahan Perodua Bezza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my