Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Laris di Eropah, Fiat Lancar Pula 500 Mirror Edisi Khas
Roda4

Laris di Eropah, Fiat Lancar Pula 500 Mirror Edisi Khas

Han OthmanBy Han Othman04/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIAT membuka tempahan 500 Mirror edisi khas untuk pasaran Eropah berikutan kejayaan barisan famili model itu selepas dilancarkan sejak April tahun lalu. Selain model standard hatchback, Fiat turut meluaskan pilihan edisi khas itu untuk saudara 500 Mirror lain, iaitu crossover 500X dan minivan 500L.

Bagi model hatchback, 500 Mirror, versi edisi khas kini dilengkapi ciri moden serba trendy seperti set infotainment Uconnect yang terdiri daripada paparan skrin sentuh resolusi tinggi 7-inci bersama perisian Apple CarPlay, Android Auto dan Mopar Connect.

BACA >>> Rai Ulang Tahun ke-60, Fiat 500 Keluar Syiling Perak Edisi Terhad

Fiat turut menambah pilihan warna, Italia Blue (biru), aksen plat krom atas bampar depan, tingkap pintu dan rim aloi. Malah, hatchback 500 Mirror itu kini boleh didapati dalam versi berbumbung (hardtop) dan bumbung terbuka (konvertibel).

Fiat 500X Mirror (gambar atas) pula menampilkan warna biru kusam, Blue Jeans, perincian krom satin, rim aloi berlian hitam 17-inci dan lampu utama xenon, termasuk lencana khas ‘Mirror’. Ciri dalaman menyerlahkan rupa paparan pemuka yang sepadan warna Blue Jeans dengan aksen sulaman benang biru.

Akhir sekali 500L Mirror ditawarkan dalam warna biru terang unik dua tona, Venezia Blue dengan bumbung bercat kelabu Maestro Grey, dan dipadankan dengan perincian krom dan rim aloi 17-inci.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Crossover Fiat Fiat 500 Fiat 500 Mirror Fiat 500 Mirror Special Edition Fiat 500L Mirror Fiat 500X Mirror hatchback minivan Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.