Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akhirnya Lampu Papan Tanda LTAPP Menyala Serentak!
Auto Terkini

Akhirnya Lampu Papan Tanda LTAPP Menyala Serentak!

SyafieBy Syafie10/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lampu papan tanda LTAPP sudah menyala serentak
JIKA pernah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada waktu malam, anda mungki perasan papan tanda ‘Penang International Airport‘ yang lampu tidak menyala serentak.

Namun kini, masalah itu sudah diselesaikan sepenuhnya dengan semua huruf pada papan tanda kembali menyala dan padam serentak.

Apa Jadi Sebelum?

Papan tanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)
Papan tanda LTAPP kini menyala dengan betul sepenuhnya.

Sebelum ini, tular gambar di media sosial menunjukkan huruf pada papan tanda di bahagian landasan LTAPP tidak menyala dengan betul. Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, ada menyifatkan isu tersebut sebagai:

  • Memalukan kerana LTAPP bertaraf antarabangsa
  • Tanggapan pertama negatif kepada pelancong asing
  • Petunjuk kurangnya penyelenggaraan pihak pengurusan

Ramai menggesa pengendali lapangan terbang tempatan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil tindakan segera bagi menjaga imej negeri dan negara.

Masalah Teknikal: ‘Relay Timer’ Tidak Selaras

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, MAHB sudah mengenal pasti punca iaitu sistem geganti pemasa (relay timer) yang tidak diselaras dengan betul.

Disebabkan penyelarasan tidak tepat, lampu huruf pada papan tanda menyala dan padam pada masa berbeza.”

MAHB kemudian mengambil langkah segera menyelaras semula sistem dan kini lampu papan tanda berfungsi normal seperti sepatutnya.

MAHB Komited Jaga Imej, Keselamatan

Logo MAHB

MAHB komited memastikan pencahayaan dan kemudahan di lapangan terbang sentiasa berada dalam keadaan baik, selari peranan LTAPP sebagai salah satu pintu masuk utama pelancong ke Pulau Pinang.

Papan tanda lapangan terbang bukan sekadar hiasan, ia simbol profesionalisme dan persepsi pertama buat pelawat dari luar negara.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Isu Lampu Papan Tanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.