• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Kongsi Foto Supercar Versi Lenjan Off-Road, Huracán Sterrato!

Lamborghini Kongsi Foto Supercar Versi Lenjan Off-Road, Huracán Sterrato!

November 22, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada tertanya, kenapa Perodua perlu keluarkan Axia Style atau Proton dengan Iriz Active? Kedua-dua model itu cuma hatchback biasa yang kemudian dilekapkan salutan badan ala kenderaan lasak.

Trend sebegitu sebenarnya ada peminat tersendiri dan sudah lama dilakukan pengeluar ternama seperti Volvo menerusi V70 XC, V60 Cross Country dan V90 Cross Country.

BACA >>> Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!

Honda WR-V 2016

Pengeluar Asia pun menawarkan model ala cross country seperti Hyundai Getz Cross dan Honda WR-V generasi pertama. Bukan sekadar gaya kerana ada daripada barisan model itu mempunyai jarak lega bumi lebih tinggi berbanding model asal.

Kini, muncul pula satu idea luar biasa daripada Automobili Lamborghini, iaitu Huracán Sterrato yang dibikin supaya boleh dibelasah atas jalan off-road. Bagaimanapun Lamborghini tidak mendedahkan butiran terperinci kecuali enjin V10 dan pacuan semua roda (AWD) hinggalah dilancar pada 30 November ini.

Jika membaca spesifikasi asas, Lamborghini Huracán dijana enjin 5.2L V10 dalam pacuan dua roda (2WD) atau AWD, bergantung model.

Lamborghini Sterrato Concept 2019.04
Lamborghini Sterrato Concept 2019.01

Merentasi pengeluarannya sejak 2014, kuasa dihasilkan daripada 602hp hingga 631hp, manakala tork daripada 560Nm hingga 600Nm untuk model AWD. Lamborghini sebenarnya pernah mendedahkan model konsep Sterrato Concept (foto atas) pada Jun 2019 dengan maklumat berikut:

  • Diasaskan daripada Huracán EVO dengan enjin 5.2L berkuasa 640hp.
  • Sistem LDVI (Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata) dengan kalibrasi untuk pemanduan off-road dan ditala untuk memaksimumkan traksi dan pecutan, serta gerakan pacuan roda belakang (RWD) dipertingkat untuk memberikan lebih tujahan dan tambahan kestabilan ketika pengendalian belokan lebih (oversteer).
  • Jarak lega bumi dinaikkan kepada 47mm.
  • Bahagian kelegaan depan (front approach) dinaikkan 1 peratus, manakala jarak pelepasan belakang 6.5 peratus.
  • Lebar roda depan dan belakang dilebarkan 30mm.
  • Rim 20 inci.
  • Bahagian bawah badan diperkuat.
  • Plat skid belakang bertindak sebagai difuser.
  • Pengukuhan aluminium disepadukan bersama frem depan dan dilindungi plat skid aluminium.
  • Kit badan dibuat daripada komposit, termasuk pelindung lantunan batu sekeliling enjin dan masukan udara serta pengadang lumpur daripada gentian karbon dan resin elastomerik.
  • Frem keselamatan titanium.
  • Tali keledar 4-poin.
  • Panel lantai aluminium.

Sejauh mana Huracán Sterrato membawa spesifikasi model konsep ini akan diketahui menjelang pelancaran kelak. Ini bermakna Huracán Sterrato sudah lama berada dalam perancangan Lamborghini dan ada media antarabangsa sudah dijemput menguji model itu pada 2019.

Satu kebetulan menarik, Proton sebenarnya sudah mendedahkan model konsep Iriz Active seawal September 2014 sebelum menemui pasaran pada Ogos 2021, selepas tujuh tahun!

BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah
BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!

Lamborghini Sterrato
Lamborghini Huracán Sterrato.01
Lamborghini Huracán Sterrato.02
Lamborghini Huracán Sterrato.03
Lamborghini Huracán Sterrato.04
Lamborghini Sterrato Concept 2019
Lamborghini Sterrato Concept 2019.01
Lamborghini Sterrato Concept 2019.02
Lamborghini Sterrato Concept 2019.03
Lamborghini Sterrato Concept 2019.04
Lamborghini Sterrato Concept 2019.05
Lamborghini Sterrato Concept 2019.06
Lamborghini Sterrato Concept 2019.07

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Automobili Lamborghini, Huracán Sterrato, Lamborghini Huracan, Lamborghini Huracán Sterrato, Lamborghini Sterrato Concept, Roda4, Supercar, Supercar Cross

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev