Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?
Auto Terkini

Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?

AryonBy Aryon26/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI bersedih apabila Suzuki memutuskan akan menamatkan legasi superbike legenda, Hayabusa di pasaran menjelang penghujung tahun ini gara-gara syarat emisi yang tidak dapat dipenuhi pengeluar motosikal dari Jepun itu.

Namun di sebalik kesedihan tersebut, bocor satu lakaran paten di media sosial yang dipercayai model Hayabusa baharu, juga terkenal dengan julukan ‘god of wind’ (dewa angin).

BACA >>> Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?

Lakaran tersebut mendedahkan imej frem aluminium ganda dalam rupa lebih kecil dan ringan berbanding versi terdahulu. Trenkuasa pula dipercayai mengekalkan enjin sebaris 4-silinder 1,340cc yang khabarnya dilengkapkan teknologi tambahan dan bahagian kepala silinder diubah suai.

Imej turut menunjukkan sistem ekzos yang ditambah baik bagi memenuhi piawaian emisi masa kini.

Laporan terdahulu mendakwa paten Hayabusa sebelum ini menunjukkan ada kemungkinan model tersebut didatangkan dalam dua versi transmisi pada masa akan datang, iaitu kotak gear semi-automatik dan klac manual.

Bagaimanapun, semua itu berita tersebut masih berstatus khabar angin. Suzuki sendiri belum mengumumkan sebarang maklumat tentang model baharu berkenaan, tetapi ramai percaya itu ialah Hayabusa generasi baharu yang akan diperkenalkan menjelang 2021.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa – Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas
BACA >>> Suzuki Dapat Trademark Logo ‘隼’, Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?

Auto Terkini Dewa Angin God of Wind lakaran paten Suzuki Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa (2021) Suzuki Motorcycles
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.