Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas
Auto Terkini

Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUAH Toyota Camry dirakamkan ‘terbang ke udara’ setinggi 15 meter sebelum terhempas di sebatang jalan raya di bandar Yuba, California, Amerika Syarikat (AS).

Insiden berlaku sekitar jam 7.19 pagi, 14 Julai lalu, dan sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka kenderaan lain sebelum tular di Internet.

Berdasarkan laporan CBS Sacramento, pemandu Camry itu, seorang wanita didapati memandu terlalu laju hingga terbabas di selekoh berbukit dan ‘terbang’ masuk dan terhempas di laluan lain.

Aksi mencemas itu turut dirakamkan kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain di laluan kemalangan berkenaan sebelum dia menghubungi talian kecemasan 911.

BACA >>> Toyota Camry Classical Tiba-Tiba Meletup Macam Kena Bom
BACA >>> Toyota Camry Usung Peti Sejuk Belakang But Kena Tahan

Rakaman dashcam menunjukkan Camry itu meluncur ke udara, masuk antara dua set talian kabel elektrik sebelum terhempas.

Kamera CCTV di kedai peralatan MIS Inc pula memaparkan sudut lain sebelum Toyota Camry itu terhempas akibat gagal membelok kiri pada laluan selekoh tajam.

Pekerja di premis itu mendakwa Camry dipandu laju antara 130kmj hingga 160kmj di jalan sehala Lebuh Raya 99, yang mana halaju dibenarkan di laluan situ ialah 40kmj.

Malah, Camry itu pernah terlibat dalam satu kes langgar lari dan dipandu secara mengundur di Lebuh Raya 99 untuk menyusur keluar, menurut Peronda Lebuh Raya California. Kes langgar lari itu berlaku sebelum insiden ‘terbang’ tersebut.

CBS Sacramento melaprrkan, pihak polis mengesahkan pemandu wanita itu terselamat dan hanya mengalami luka kecil, manakala pemeriksaan mendapati pemandu itu juga tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Tiada tangkapan dibuat kerana kes langgar lari itu masih disiasat.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi
BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?

SUMBER: TheDrive

berita global CBS Sacramento kemalangan jalan raya Peronda Lebuh Raya California Toyota Camry Toyota Camry Terbang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.