Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Penipu Facebook Tawar Kereta ‘Free’. Proton Pula Jadi Mangsa
Auto Terkini

Lagi Penipu Facebook Tawar Kereta ‘Free’. Proton Pula Jadi Mangsa

Han OthmanBy Han Othman18/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

scammer-fb-proton
LAGI kes penipuan scammer di laman sosial Facebook (FB). Kali ini Proton pula menjadi sasaran scammer di Internet apabila sebuah laman FB palsu menggunakan nama Proton Malaysia cuba memperdayakan orang ramai dengan menawarkan 20 unit Proton Iriz semudah mengklik LIKE dan SHARE status terbaru yang dimuat naik.

Sebagai makluman, laman FB rasmi Proton ialah Proton Cars (https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial) dengan jumlah pengikut lebih 400,000 orang. Malah, laman web rasmi Proton juga sentiasa dikemas kini setiap bulan dengan pelbagai maklumat dan berita terkini berhubung perkembangan pengeluar automobil tempatan itu.

scammer-fb-proton-1

Sebaliknya, status pertama laman FB Proton palsu – Proton Malaysa – cuma baru dimuat naik pada 12 Januari lalu, dan jumlah keseluruhan status dimuat naik setakat tawaran hadiah Iriz itu ialah 6 status, dan tiga daripada status itu ialah gambar. Itupun beribu-ribu orang masih percaya!

Lebih lucu, status terbaru tentang tawaran Iriz itu berjaya memperdayakan netizen dengan mendapat lebih 20,000 perkongsian dan jumlah LIKE sebanyak hampir 7,000, manakala jumlah pengikut atau likers mencecah lebih 11,000 orang dalam masa tidak sampai sebulan!

BUKANNYA KENA DUIT PUN, ‘LIKE’ SAJA

Walaupun netizen tidak dikenakan syarat atau diminta membuat apa-apa bayaran, apa yang berlaku jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran, ambil mudah dan sikap gopoh masyarakat kita. Apa lagi yang dapat kami katakan selain memberikan teguran, kritikan dan ‘diketuk’.

Anda dangkal pemikiran dan ambil mudah kerana langsung tidak mahu memeriksa sumber berita yang disampaikan. Ini bolehlah disamakan dengan situasi memberi komen hanya dengan membaca tajuk berita. Kemudian berita yang dibaca itu pula daripada sumber tidak sahih dan tanpa kredibel yang diri sendiri tidak tahu kebenarannya. Sudahnya, jadi fitnah!

Sikap gopoh pula kerana teruja dengan apa saja tawaran berbentuk material walaupun sedar ia seakan tidak masuk akal. Itu baru semudah mengklik LIKE dan SHARE, bayangkanlah datang sebuah laman web yang serba sofistikated dan lengkap, mungkin begitu senang anda mengeluarkan duit belanja tanpa berfikir panjang. Apatah lagi jika bayaran itu seperti;

Alah, baru je 10 ringgit. Tak luak kot.”

Jadi sekarang anda fahamkan kenapa begitu ramai masyarakat kita mudah sangat terperangkap dengan pelbagai penipuan berbaur material daripada skim pelaburan cepat kaya sehinggalah menjadi parasit jualan MLM yang makan duit orang.

Itupun bukan main berapi-api mengutuk ‘orang atas’ korup itu dan ini. Ingat, pemimpin yang korup, dangkal pemikiran, ambil mudah dan gopoh itu datangnya dari anda – rakyat yang juga korup, dangkal pemikiran, ambil mudah dan gopoh.

Selamat beramal dan renung-renungkan. 😀

– Unit Hasutan dan Propaganda PANDULAJU

lama Proton Malaysia palsu PROTON Holdings Berhad Proton Iriz scammer Facebook scammer kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.