Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#LAAS2017: Harga Mitsubishi Eclipse Cross (2018) Diumumkan, RM95k di Pasaran Amerika
Auto Terkini

#LAAS2017: Harga Mitsubishi Eclipse Cross (2018) Diumumkan, RM95k di Pasaran Amerika

Han OthmanBy Han Othman30/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN debut global  tahun ini di Pameran Motor Geneva, Mitsubishi Eclipse Cross sekali lagi muncul hadapan khalayak umum di Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2017 bersama harga dan pakej menarik.

Mungkin nama Eclipse (gerhana) bagi kebanyakan orang kedengaran agak tidak sesuai untuk sebuah crossover yang membawa konotasi negatif, tetapi apa yang patut diberikan perhatian ialah spesifikasi ditawarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu.

Eclipse Cross didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L pengecas turbo berkuasa 152hp dan tork 249Nm yang dipadankan transmisi variabel berterusan (CVT) untuk mendapatkan lebih kecekapan bahan api. Crossover ini juga tampil sebagai kenderaan pacuan semua roda, Super All Wheel Control bagi semua varian.

FALSAFAH DYNAMIC SHIELD

Rim standard bersaiz 18-inci juga menjadi ciri standard bersama rekaan gril yang tersemat falsafah rekabentuk Dynamic Shield. Pembeli juga diberikan lampu siang (DRL) dan lampu belakang LED, termasuk bar lintang di pintu but belakang.

Ruang dalaman dilengkapkan skrin sentuh 7-inci dengan ciri Apple Car Play dan Android Auto, termasuk diberikan paparan dongak berserta beberapa ciri bantuan pemanduan dan keselamatan. Antaranya ialah Amaran Rempuhan Hadapan (FCW), Amaran Titik Buta (BSW), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), juga ciri standard semua varian. Agak menarik apabila Mitsubishi berminat meningkatkan kualiti sistem bunyi Eclipse Croos menerusi set Rockford Fosgate 710 watt.

Harga bermula AS$23,295 (RM95,206) bagi varian basis ES dan pembeli boleh memilih tiga lagi varian atas iaitu LE, SE dan SEL untuk menikmati lebih ciri dan fungsi. Pengeluaran SUV kompak ini akan bermula Januari 2018 dan dijangka menjengah bilik pameran seluruh Amerika sekitar Mac.

Mungkin Mitsubishi Malaysia juga sedang berkira-kira mahu membawa masuk SUV ini ke pasaran tempatan.

GALERI

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LAAS 2017 Mitsubishi Mitsubishi Eclipse Cross Pameran Auto Los Angeles (2017) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026

1 Comment

  1. Tee on 23/11/2018 22:01

    When mitsubishi eclipse cross launch in malaysia????

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.