Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik
Roda2

Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENJELANG Pameran Motosikal Tokyo, Kymco melancarkan model skuter elektrik, Ionex yang didakwa dapat menyelesaikan semua kekangan berkaitan teknologi hijau pada motosikal seperti rupa, masa mengecas, jarak dan infrastruktur. Bagaimanakah pula Kymco berjaya menyelesaikan semua masalah tersebut? Mudah saja, gunakan bateri boleh tanggal.

PERMULAAN STABIL

Sebenarnya kemajuan motosikal elektrik masih samar. Segmen ini pernah dicuba oeh beberapa pengeluar besar seperti model C-Evolution daripada BMW, dan Harley Davidson (akan datang). BUat masa ini, tiada satu pun pengeluar yang berjaya mempengaruhi pasaran motosikal elektrik seperti dilakukan Tesla bagi pasaran kereta elektrik.

BACA >>> #EICMA2017: KYMCO XCITING 400 S – Skuter Maxi Serba Anggun

Jadi Kymco menerusi Ionix bercita-cita mahu mengungguli pasaran motosikal elektrik. Menurut rancangan Kymco, pengeluar dari Taiwan itu bercadang mengeluarkan 10 jenis motosikal elektrik dalam tempoh 3 tahun akan datang dengan mensasarkan jualan 500,000 unit seluruh dunia dan Ionex ialah model permulaan.

Kelebihan yang dipertaruhkan sistem Ionex ialah bateri boleh tanggal dan ringan. Skuter pertama dipamerkan Kymco daripada barisan Ionex dilengkapi dua bateri boleh tanggal di bawah lantai kaki penunggang. Kemudian, dengan menekan satu butang, ruang bateri akan terbuka dan bateri boleh dicabut untuk di cas.

Setiap bateri pula seberat 5kg, dan tidaklah menyusahkan untuk dibawa ke mana-mana. Menurut Kymco, keputusan meletakkan bateri di bawah lantai kaki adalah bertujuan memberikan pusat graviti paling rendah untuk skuter tersebut. Pada masa sama masih memberikan ruang simpanan terbesar di bawah pelana.

SEDIA DAN MULA

Keputusan Kymco memperkenalkan konsep bateri boleh tanggal dilihat sebagai langkah bijak kerana membuka lebih banyak opsyen mengecas bateri untuk skuter elektrik tersebut. Jika mengikut opsyen konvensional, pemilik boleh mengecas terus bateri itu tanpa perlu dikeluarkan, atau mengeluarkan bateri untuk di cas di tempat berasingan seperti dalam rumah.

Rangkaian Outlet Kuasa (PON) juga akan disediakan, di mana mesin layan diri ini membolehkan penunggang menukar bateri lemah dengan bateri baru siap cas. Rangkaian Pusat Mengecas (CPN) pula memberi peluang kepada pengusaha tempatan menawarkan servis mengecas bateri (sekitar satu jam).

Opsyen menyewa bateri tambahan juga akan diperkenalkan dan bateri dapat disimpan di bawah pelana dengan tambahan jarak perjalanan sejauh 200km antara setiap hentian.

Penyelesaian bijak Ionix ialah bateri ‘teras’ ketiga yang dipasang kekal pada skuter itu. Sekiranya penunggang terlupa atau tertinggal bateri di tempat lain, skuter tersebut masih mampu ditunggang. Selepas bateri boleh tanggal dipasang semula, secara automatik ia akan mengecas bateri teras tersebut supaya dapat terus ditunggang.

Situasi dibayangkan Kymco, seorang penunggang Ionix yang sedang dalam perjalanan menuju bandar akan meninggalkan bateri untuk dicas di sebuah kafe. Dia kemudian meneruskan perjalanan ke bandar sebelum kembali semula mengambil bateri yang siap dicas di kafe tadi lalu pulang ke rumah. Agak menarik bukan?

DUIT, DUIT, DUIT

Bagi memastikan rancangan itu berjalan lancar, aspek penting per;u dititik beratkan Kymco ialah menyiapkan infrastruktur di sekitar kawasan cadangan sebelum skuter elektrik itu dipasarkan. Sebenarnya, Kymco bukan pengeluar pertama mencuba, pesaingnya, Gogoro, juga dari Taiwan terlebih dulu memasarkan model Smart Scooter sejak beberapa tahun lalu.

Gogoro menampilkan konsep sama dan  sukses di Taiwan, tetapi bergelut melaksanakannya di Eropah. Ini kerana struktur harga melibatkan pembelian motosikal dengan kontrak sewaan bateri bagi jarak tertentu yang dipersetujui (sama seperti kontrak beli telefon pintar).

Kymco berhasrat menyediakan rangkaian mengecas di 20 negara, tetapi memerlukan sokongan Kerajaan di sesebuah negara tersebut. Pengeluar itu juga bercadang membuka pusat rangkaian bateri Ionix kepada pengeluar lain dan syarikat penghantaran dalam usaha membantu melancarkan cita-cita besar itu.

Masih tiada berita mengenai prestasi, berat sebenar, jarak, harga ataupun tarikh model Ionex akan dipasarkan di Malaysia. Nantikan maklumat terkini pada masa akan datang.

GALERI

SUMBER: MCN

e-bike Kymco Kymco Ionix Pameran Motosikal Tokyo 2018 skuter skuter elektrik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.