Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Tawar Lanjutkan Kontrak Oliveira hingga 2020, Hafizh Kekal Semusim Sahaja
Auto Terkini

KTM Tawar Lanjutkan Kontrak Oliveira hingga 2020, Hafizh Kekal Semusim Sahaja

AryonBy Aryon02/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN menyedari kesukaran mendapatkan pelumba yang mampu menjinakkan jenteranya, KTM membuat keputusan menawarkan lanjutan kontrak hingga 2020 kepada rookie Miguel Oliveira.

Keputusan tersebut dibuat selepas menyaksikan aksi baik ditunjukkan Oliveira bersama pasukan satelit, Red Bull KTM Tech3 sepanjang tiga pusingan awal MotoGP setakat ini. Pelumba Portugal itu mengumpul 7 mata dengan kedudukan terbaik di tempat ke-11 pada saingan GP Argentina.

BACA >>> Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan

BAKAL LEBIH BAIK DARIPADA ESPARGARO?

Pencapaian Oliveira itu dilihat seakan mengulangi pencapaian pelumba Red Bull KTM Factory, Pol Espargaro ketika musim pertama bersama pasukan pengilang dari Austria itu. Malah mungkin lebih baik memandangkan ini ialah musim pertama dia dalam kelas MotoGP.

Sebaliknya, Espargaro ketika bersama KTM (2017) sudah tahun keempat dalam MotoGP. Jangan tidak tahu, sebelum menyertai KTM,  Espargaro ialah pelumba satelit Monster Yamaha Tech3 sejak 2014.

Rekodnya bersama Yamaha boleh tahan juga dengan meraih ranking tidak lebih daripada lapan pelumba MotoGP terbaik sepanjang tiga musim itu (Zarco di ranking ke-6 sepanjang dua musim bersama Yamaha). Bezanya, Espargaro tidak pernah menjejak podium bersama Yamaha, tetapi Zarco sudah enam kali, termasuk 4 kali grid depan dan 4 kali masa terpantas.

Bersama KTM, Espargaro cuma sedikit menjadi pada musim kedua dengan pasukan pengilang itu, termasuk musim ini (tahun ketiga).

Jadi tidak hairan prestasi ditunjukkan Oliveira dapat menarik hati KTM untuk terus mengikat pelumba itu berlumda lebih lama.

BACA >>> Bos KTM Tech3: “Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu”

“Pilihan untuk Miguel (Oliveira) akan tamat musim panas ini, tapi kami sudah menebusnya,” kata bos KTM, Pit Beirer.

Kontrak Espargaro dan Zarco juga masing-masing berakhir pada penghujung 2020. Bagaimanapan, rakan sepasukan Oliveira, Hafizh Syahrin, yang juga pelumba negara, hanya dikekal kontrak semusim sahaja yang ditawarkan Tech3, bukan KTM.

Jika Hafizh menunjukkan prestasi baik sepanjang pusingan akan datang musim ini, adakah dia pun akan dilanjutkan kontrak daripada KTM?

SUMBER: VisorDown

KTM KTM RC16 Miguel Oliveira MotoGP MotoGP 2019 Ready to Race Red Bull KTM Tech3 roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.