Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat
Auto Terkini

KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat

AryonBy Aryon20/09/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN sebab tidak tahan dikecam sebagai kompeni ketam dan tren komuter, KTM akhirnya membuka mulut untuk menjelaskan alasan kenapa pasukan itu memecat pelumbanya, abang Johann Zarco secara mengejut walaupun musim 2019 masih belum berakhir.

Pengurus Pasukan Red Bull KTM, Mike Leitner mendedahkan bahawa dia rasa bertanggungjawab untuk memikirkan hal keselamatan Zarco dan pada masa sama cuba mengekalkan apa yang sudah dilakukan KTM, termasuk menjaga masa depan pelumba Perancis itu.

Jadi caranya adalah mengetepikan Zarco seberapa segera! Tapi apa kena pula pasal hal hendak menjaga masa depan Zarco?

KTM TAK MAHU ZARCO AMBIL RISIKO

Saat indah Mike Leitner dan Johann Zarco akhirnya terlerai sudah.

Zarco asalnya mengikat kontrak dua tahun bersama Red Bull KTM Factory hingga tamat musim 2020. Namun, ramai mungkin tidak tahu dia sendiri yang menggesa minta dilepaskan setahun lebih awal. Lebih memilukan, gesaan itu dibuat selepas berakhir pusingan di GP Austria, iaitu negara tuan rumah KTM sendiri.

Leitner berkata, KTM sudah melakukan segala termampu untuk membuatkan Zarco selesa, dan tindakan pelumba itu nyata mengejutkan kerana dia yang mengajak untuk berbincang mengenai hasrat menamatkan kontrak lebih awal.

Kami mula bekerja dengan Johann selepas pusingan Valencia tahun lalu, dan daripada detik pertama pun dia sudah rasa semacam tak boleh blah dengan motor kami.

“Di bahagian teknikal, kami dah cuba banyak benda untuk buat dia rasa bagus. Kami kerja kuat dan buat beberapa penumpuan, dan itu pun tak bagus. Tapi Pol (Espargaro) pula dapat perform lagi bagus, bagus, bagus.

“Sama juga bila Dani (Pedrosa) datang, kami cuba nak faham apa lagi feeling yang Johann betul-betul nak untuk boleh perform bagus dengan motor kami. To be fair-lah kan, Johann cuba lakukan terbaik dan kami pun cuba juga nak bantu dia.

“Then masa kat Spielberg (GP Austria), dia datang kat Pit (Beirer) dan aku, dan terus bagitau, ‘teman tak nak buat dua musim dengan mengkome sebab teman dah tak ada feeling, teman tak boleh ride dengan stail teman’,” beritahu Leitner dengan suara yang mula sebak.

INSIDEN JATUH MOTOR PUNCA KTM BUAT KEPUTUSAN?

Insiden jatuh motor di GP Itali mungkin buat KTM berfikir untuk pecat abang Johann lebih cepat.

Zarco selepas itu beraksi agak baik di Silverstone dan Misano, tetapi dia terbabit kemalangan semasa sesi pemanasan di Itali, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengurusan KTM.

Mungkin ini punca pertama yang buatkan KTM mula fikit nak pecat Zarco. 👆🏼

Bila ada rider cakap dah tak mau lumba dengan motor tu, kami juga akan fikir pasal keselamatan dan bahaya rider tu sebab mike berlumba dengan risiko. Dah tentu KTM bukan kompeni yang akan paksa mana-mana rider untuk buat apa yang mike tak suka.

“Dia eksiden kat Misano, mujur tak cedera. Jadi kami mula fikir, betul ke apa kami buat ni? Kalau dia udah nak berhenti, apakehei nak paksa dia terus berlumba sampai enam pusingan lagi, memang melampau gamaknya yob oiii…” kata Leitner seraya mengelap air mata yang bergenang.

SUMBER: VisorDown

Johann Zarco KTM Mike Leitner Red Bull KTM Factory
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026

    4 Comments

    1. Yob on 22/09/2019 08:54

      Leitner ni orang Bote ke

      Reply
      • bjan on 24/09/2019 16:00

        itulah bahasa melayu bahasa antarabangsa tapi nape ke perak pi nye.john ponah menetap kat sane ke?

        Reply
    2. Jufri Junaidi on 22/09/2019 22:23

      hahhaha!!!
      lawak betul lah style penceritaan post ni..
      kipidap admin!
      saya baru lagi bukak blog ni.
      new fan ler katakan..he3.

      Reply
    3. Pendi on 27/09/2019 23:14

      Sedap benor mike blabon nyer…admin…haha…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.