Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDN Cadang Larang Pembelian RON95 bagi Kenderaan Asing, Berkuat Kuasa 1 April 2026
Auto Terkini

KPDN Cadang Larang Pembelian RON95 bagi Kenderaan Asing, Berkuat Kuasa 1 April 2026

SyafieBy Syafie28/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu Singapura isi RON95

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan peraturan baharu di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi melarang pembelian petrol RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing, sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan terhadap ketirisan subsidi bahan api.

Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali berkata, peraturan baharu itu disasarkan siap dan berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Tutup Lompong Undang-Undang Sedia Ada

Menurut beliau, di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, larangan hanya tertumpu kepada penjualan petrol RON95 bersubsidi kepada kenderaan berpendaftaran asing.

Keadaan itu menyebabkan tindakan undang-undang hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak, manakala pemilik atau pengguna kenderaan asing tidak boleh dikenakan tindakan.

Melalui peraturan baharu ini kelak, larangan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kedua-dua pihak, iaitu stesen minyak serta pemilik atau pengguna kenderaan berpendaftaran asing,” katanya.

Perkasa Penguatkuasaan, Bendung Ketirisan Subsidi

Armizan menjelaskan, peraturan baharu itu bertujuan memperkasa penguatkuasaan dan memastikan subsidi petrol RON95 benar-benar dinikmati golongan sasar, khususnya warganegara Malaysia.

Beliau menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai langkah komprehensif kerajaan bagi menjamin keberkesanan pengurusan subsidi petrol selepas pelaksanaan Budi Madani RON95, termasuk usaha membanteras penyeludupan bahan api di kawasan sempadan Tawau–Indonesia.

Budi Madani RON95, Penggunaan MyKad

Menurut beliau, pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani RON95 berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai peneraju dasar, manakala KPDN bertanggungjawab mengawal selia Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) serta penguatkuasaan di peringkat runcit.

Selaras dengan pelaksanaan penuh Budi RON95 pada 30 September 2025, mekanisme penggunaan MyKad telah diperkenalkan bagi memastikan hanya warganegara layak berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu sah boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan itu bertujuan memastikan subsidi dinikmati golongan sasar serta mengekang ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan petrol di kawasan sempadan.

SUMBER: SinarHarian

Akta Kawalan Bekalan 1961 Auto Terkini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Ron95 Subsidi Bersasar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.