Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kopi Percuma, Macam-Macam Ada Sepanjang Kempen ‘PETRONAS Coffee Break’ Cuti Ini!
Auto Terkini

Kopi Percuma, Macam-Macam Ada Sepanjang Kempen ‘PETRONAS Coffee Break’ Cuti Ini!

FarahBy Farah28/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) semalam menyambut ulang tahun ke-25 kempen ‘PETRONAS Coffee Break’ dengan menawarkan kopi, snek, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan dan pelbagai baucar diskaun secara percuma kepada pemandu sempena Tahun Baru Cina.

Kempen PETRONAS Coffee Break berlangsung dalam dua sesi, iaitu 29-30 Januari dan 5-6 Februari 2020 yang mana pemandu boleh berhenti di mana-mana 150 stesen PETRONAS yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut untuk menikmati tawaran berkenaan selain dapat menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam kempen itu, PDB akan mengagihlan Mesra Chocolate Muffin, dan memberikan sumbangan rakan kongsi kempen:

  • Nestle – minuman Nescafe Dairy Free Oat dan Nescafe Latte Milk Tea
  • iNova Pharmaceuticals – gula-gula Dequadin
  • Etika Sdn Bhd – Revive Salted Lemon

Selain itu, pemandu juga boleh mendapat baucar percuma bernilai RM50 sepanjang kampen berlangsung, berupa:

  • Shopee Malaysia: Angpau RM18 untuk pengguna baru. Pulangan tunai (cashback) 10 peratus koin untuk belanja minimum RM65, (terhad kepada pada 8,000 koin) untuk pengguna sedia ada.
  • Grab Malaysia: Diskaun 2 x RM10 untuk perkhidmatan GrabMart dengan belanja minimum RM30.
  • PDB: Angpau RM18, terdiri daripada diskaun untuk Setel dan barangan berjenamanya, PRYSM.

Sempena ulang tahun ke-25 kempen itu, PRYSM juga menawarkan baju T 8th F1 World Constructor’s Championship terbaharu pada harga diskaun RM25.

Pemandu juga akan menerima Insurans Personal Accident percuma daripada AXXESS bernilai hingga RM25,000 selama sebulan, tertakluk terma dan syarat.

Bahagian Keselamatan Jalan Raya pula menjalankan program advokasi di lebih 50 stesen untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya sepanjang kempen berlangsung.

PDB juga bekerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd untuk menjalankan pemeriksaan motosikal
percuma, manakala, PETRONAS AutoExpert menawarkan pemeriksaan 18 poin percuma di 11 bengkel sekitar Lembah Klang dan tiga lagi di Negeri Sembilan kepada pelanggan yang menukar minyak enjin.

Upacara sambutan ulang tahun Coffee Break itu dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong yang merasmikan upacara sambutan ulang tahun kempen tersebut. Menurutnya, kempen itu sejajar misi Kementerian untuk menggalakkan pemanduan selamat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Beliau berkata;

Kami melihat penurunan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 26 peratus kepada lebih 400,000 kes pada 2020 berbanding 2019, terutama disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, jumlah ini masih pada tahap membimbangkan dengan rekod kematian jalan raya 4,000 kes, mewakili 12.7 kematian sehari.

“Kebanyakan kemalangan disebabkan faktor manusia seperti memecut, letih dan kurang fokus. Jadi, penting buat pemandu untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan kekal segar serta berjaga-jaga supaya boleh memandu selamat.

Sejak 25 tahun lalu, inisiatif PDB sudah menyokong usaha Kementerian dengan menyediakan tempat untuk pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka.”

BACA>>> Inilah Ranking 10 Jenama Motosikal Paling Laris 2021
BACA>>> Selepas Hilang, Pemandu e-Hailing Ditemui Patah Tangan

Auto Terkini Kempen Coffee Break Petronas Petronas Coffee Break Stesen PETRONAS
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.