Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kontraktor Cuai Punca Kren Tumbang Atas Landasan Kereta Api KTMB
Auto Terkini

Kontraktor Cuai Punca Kren Tumbang Atas Landasan Kereta Api KTMB

FikriBy Fikri04/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KECUAIAN kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan kereta api di KM355.749 antara Rawang dan Kuang, 12 Disember lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain gangguan perkhidmatan, insiden itu turut menyebabkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian RM2,425,472,70, termasuk kos menyediakan bas untuk memindahkan penumpang selain kehilangan hasil perkhidmatan kargo.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kontraktor memasuki kawasan larangan berhampiran landasan berkenaan.

Mereka masuk ke kawasan zon bahaya iaitu kawasan yang tidak dibenarkan, bersebelahan landasan, tiada zon penampan langsung.

“Saya anggap insiden ini sangat serius dan saya juga sudah membentangkannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Susulan insiden itu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis Pemberitahuan Larangan Serta-Merta kepada kontraktor.

Menurutnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 128(1)(a) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) untuk tindakan sewajarnya berhubung insiden berkenaan.

Kren tersebut jatuh betul-betul atas landasan kereta api.  Negara amat bernasib baik kerana tiada kereta api yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

“Ini ‘life and death’, soal nyawa manusia. Bayangkan jika pada hari kejadian, kren terbabit tumbang ketika kereta api melalui kawasan terbabit, sudah tentu akan jadi tragedi kepada negara.

Justeru, beliau memberi amaran kepada kontraktor supaya tidak memandang remeh isu keselamatan.

Jadi saya berharap kejadian seperti ini tidak lagi berlaku sama sekali dan ini juga peringatan kepada semua kontraktor supaya tidak pandang remeh isu keselamatan, terutama di kawasan landasan kereta api.

Pada 12 Disember 2023, perkhidmatan tren KTMB Komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren yang digunakan untuk pembinaan projek parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) tumbang di atas landasan kereta api antara Rawang dan Kuang, kira-kira jam 5.53 petang.

Insiden tersebut menjejaskan operasi tren KTMB kerana melibatkan lebih 20,000 penumpang ETS dan Komuter.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kereta Api KTMB Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kren tumbang jejas perjalanan KTM Malaysia Madani
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.