Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Konflik Timur Tengah: Harga Minyak Naik Berperingkat di Filipina
Auto Terkini

Konflik Timur Tengah: Harga Minyak Naik Berperingkat di Filipina

Han OthmanBy Han Othman11/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Penunggang Filipina isi petrol

HARGA bahan api di Filipina dijangka meningkat berperingkat minggu ini selepas Kerajaan Manila melalui Jabatan Tenaga Filipina (DOE) mencapai persetujuan dengan syarikat minyak bagi melaksanakan kenaikan harga secara berperingkat (staggered).

Langkah tersebut diambil bagi mengurangkan kejutan kepada pengguna berikuta ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang melonjak harga minyak global lebih tinggi.

Bangunan Jabatan Tenaga (DOE) Filipina

Menurut kenyataan DOE, kenaikan harga petroleum tidak dilaksanakan serentak, sebaliknya dibahagikan beberapa hari supaya pengguna tidak merasai kesan kenaikan mendadak.

Kenaikan harga produk petroleum akan dilaksanakan beransur-ansur selepas DOE dan syarikat minyak mencapai persetujuan, supaya pengguna tidak merasai kesan situasi Timur Tengah secara tiba-tiba,” kata DOE dalam kenyataan media sosial.

DOE turut menggesa lebih banyak syarikat minyak mengikuti langkah sama bagi membantu mengurangkan tekanan kos ke atas pengguna.

Syarikat Minyak Laksana Kenaikan Berperingkat

Antara syarikat minyak utama yang melaksanakan kenaikan harga berperingkat ialah:

  • Shell plc
  • Petron Corporation
  • Chevron Corporation (jenama Caltex)
  • Seaoil Philippines
  • Jetti Petroleum

Sebagai contoh, Shell akan menaikkan harga petrol 8.75 peso (58 sen) seliter secara berperingkat dari 10 – 12 Mac, manakala diesel pula meningkat 24.25 peso (RM1.61) seliter dalam tempoh sama.

Caltex pula memilih pendekatan lebih perlahan dengan kenaikan harian kecil bermula 10 – 16 Mac.

Kenaikan Harga Diesel, Minyak Tanah Lebih Tinggi

Pengguna Filipina beratur isi minyak
Pengguna Filipina beratur isi minyak

Daripada data dikongsi DOE, kenaikan paling ketara berlaku pada:

  • Diesel – sehingga sekitar 20 peso (RM1.33) seliter
  • Minyak tanah (kerosen) – mencecah lebih 35 peso (RM2.33) seliter

Situasi itu memberi tekanan besar kepada pengguna kerana diesel banyak digunakan kenderaan komersial dan sektor pengangkutan.

Ini dapat disaksikan apabila ramai pengguna berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Pengguna Malaysia Masih ‘Selamat’ dengan Subsidi RON95

Logo BUDI95

Berbanding Filipina yang menggunakan sistem harga pasaran sepenuhnya, pengguna di Malaysia masih menikmati perlindungan subsidi untuk petrol RON95.

Melalui mekanisme harga bahan api mingguan dilaksanakan Kerajaan Malaysia, subsidi membantu menstabilkan harga RON95 walaupun berlaku turun naik harga minyak mentah global.

Ringkasnya, jika kenaikan seperti di Filipina berlaku tanpa kawalan harga, pengguna Malaysia berkemungkinan berdepan lonjakan harga yang lebih ketara di pam minyak.

Konflik Geopolitik Beri Kesan

Pengguna Filipina isi minyak

Kenaikan harga bahan api di Filipina menunjukkan bagaimana konflik geopolitik boleh memberi kesan langsung kepada harga minyak di pam.

Namun bagi rakyat Malaysia, subsidi RON95 masih menjadi ‘penampan’ penting yang membantu mengekalkan harga petrol lebih stabil berbanding negara yang mengamalkan harga pasaran sepenuhnya.

SUMBER: Carmudi.com.ph | FOTO: FB PhilStar.com

Auto Terkini Department og Energy (DOE) Harga Minyak Filipina Jabatan Tenaga Filipina (DOE) Konflik Timur Tengah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

27/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.