Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1
Roda4

Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1

Han OthmanBy Han Othman17/01/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

transformasi-haval-h1
KOMITED dalam melonjakkan nama di peringkat dunia, HAVAL M4 kini melalui proses tranformasi dan penjenamaan semula kepada HAVAL H1. Masih mengekalkan harga jualan model terdahulu, HAVAL H1 turut menampilkan tiga varian sama, iaitu Comfort, Premium dan Elite.

Proses transformasi menerusi penukaran nama itu adalah susulan daripada usaha penjenamaan semula jenama GWM (Great Wall Motors) kepada HAVAL sebagai pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) terkemuka dari China dengan objektif menguasai pasaran antarabangsa, terutama Asean.

Sebagai makluman, HAVAL ialah singkatan kepada ‘Have All’ yang bermaksud ‘Semuanya Ada’. Selain menawarkan model-model pada harga mampu milik, semua kenderaan HAVAL turut dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini.

‘BUY BACK GUARANTEE’

logo-haval
Bermula 1 Januari 2017, HAVAL turut memperkenalkan pakej ‘Jaminan Beli Balik’ (Buy Back Guarantee) dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna, HAVAL akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan jika pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun. Menarik bukan?

Berbanding M4, antara pembaharuan ditampilkan H1 ialah gril krom yang lebih sporty dan logo HAVAL di stereng, but dan tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GO Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman berharap penjenamaan semula HAVAL M4 kepada H1 diharapkan dapat mengukuhkan lagi jenama HAVAL di pasaran Malaysia.

“Kami mahu kekal dengan satu nama, iaitu HAVAL dan mahu jenama ini dikenali ramai. Selepas ini, semua model kami akan diperkenalkan dengan nama HAVAL.

“Go Auto juga mencatatkan sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat automobil pertama dianugerahkan lesen pembuatan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“Kedua-dua model Haval, iaitu H1 dan H2 turut menerima pengiktirafan EEV daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).” – CEO Go Auto, Ahmad Azam

TENTANG HAVAL H1

haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017

HAVAL H1 ialah SUV segmen-B dengan enjin empat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI yang berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm. Semua varian HAVAL H1 menggunakan sistem pacuan roda depan dan didatangkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan.

Varian HAVAL H1 Comfort berharga RM60,017, manakala HAVAL H1 Premium berharga RM65,852.

Bagi anda yang mahukan rekabentuk lebih sporty dan menarik, Go Auto turut menawarkan HAVAL H1 Elite berharga RM72,659 yang tampil dengan ciri lampu depan halogen berserta LED yang turut diletakkan pada lampu kabus. Ada enam warna sebagai pilihan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren. Semua harga disebutkan di atas adalah atas jalan tanpa insurans.

Lebih menarik, semua varian Haval H1 didatangkan dengan jaminan selama 7 tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
Go Auto Haval HAVAL H1 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Yamaha Quality Service Kini Miliki Lebih 300 Pusat Servis, Rangkaian Terbesar di Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.