Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Kluster Itali’ Punca Pertambahan Baharu Kes Positif Covid-19
Auto Terkini

‘Kluster Itali’ Punca Pertambahan Baharu Kes Positif Covid-19

Han OthmanBy Han Othman05/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM)
mengenal pasti kluster baharu penularan wabak Covid-19 membabitkan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikesan berlaku di Sarawak hingga mengakibatkan kematian lima mangsa.

Menurutnya, kluster itu, yang berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi mencetuskan gelombang baharu, kini membabitkan jangkitan hingga generasi ketiga.

“Kluster berkenaan berpunca daripada pesakit ke-1,580 dan dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 180 negara di seluruh dunia yang terjejas akibat jangkitan COVID-19. Justeru, memang wujud risiko bagi kes Covid-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan dalam negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

BACA >>> Covid-19: Polis Filipina Tembak Mangsa Pertama Sebab Tak Pakai Topeng Muka

JUJUR BERITAHU MAKLUMAT DIRI

Noor Hisham juga meminta semua pihak bersikap jujur dengan memberikan maklumat lengkap sekiranya ada sejarah kontak rapat kes positif Covid-19.

Tegasnya, maklumat mengenai perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan Kementerian sebagai berkait rapat jangkitan Covid-19, tidak wajar disembunyikan daripada petugas kesihatan.

“Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Mereka yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital dikenal pasti untuk tujuan pengasingan, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan,” katanya.

RAKYAT DARI LUAR NEGARA AKAN DIKUARANTIN

Noor Hisham berkata lagi, selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin disediakan.

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala COVID-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta mereka dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin,” tegasnya.

BACA >>> Covid-19: Thailand Sekat Pergerakan Rentas Wilayah, Kes Meningkat Seperti Malaysia

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Covid-19 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kluster Itali Wabak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.