Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#KLIMS2026: MG IM6 Previu Di MiTEC, Bakal Dilancar Di Malaysia Suku Ketiga 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: MG IM6 Previu Di MiTEC, Bakal Dilancar Di Malaysia Suku Ketiga 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SHANGHAI Automotive Industry Corporation (SAIC) Motor Malaysia mengesahkan jenama premium IM Motor bakal memasuki pasaran tempatan seawal suku ketiga 2026, dengan model pertama yang diperkenalkan ialah MG IM6 serba elektrik (EV).

Dipamerkan sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026, IM6 akan dipasarkan di bawah jenama MG di Malaysia, sama seperti yang dilakukan di Thailand dan Australia, berbeza dengan China yang mengekalkan IM sebagai jenama berasingan.

SUV EV Premium Dengan Dimensi Lebih Besar

MG IM6 diposisikan sebagai pesaing kepada BYD Sealion 7 dan Xpeng G6, namun hadir dengan dimensi lebih besar menerusi panjang keseluruhan 4,904mm dan lebar 1,988mm.

Jarak roda 2,950mm turut mengatasi pesaing terdekatnya, selain menawarkan ruang kargo 596 liter yang boleh diperluaskan sehingga 1,571 liter serta ruang simpanan hadapan (frunk) berkapasiti 32 liter.

Rekaan Futuristik, Aerodinamik

Dari segi penampilan, IM6 menampilkan rekaan badan yang lebih organik dan aerodinamik dengan garis badan melengkung yang memberikan identiti tersendiri.

Bahagian belakang pula menyerlah dengan gaya yang mengingatkan kepada SUV prestasi mewah, manakala profil keseluruhannya tampil lebih premium berbanding kebanyakan SUV elektrik dalam segmennya.

Varian RWD Jana 295PS

Di Thailand, varian Premium RWD menggunakan motor elektrik tunggal di gandar belakang yang menghasilkan 295PS dan 450Nm.
Kuasa itu dipadankan dengan bateri NMC 75kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 450km mengikut piawaian WLTP serta
pecutan 0-100kmj dalam masa 5.9 saat.

Varian AWD Dengan Kuasa 787PS

Bagi mereka yang mahukan prestasi lebih ekstrem, IM6 Performance AWD menawarkan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa gabungan 787PS dan 802Nm.

Prestasi tersebut membolehkan SUV elektrik itu memecut dari 0-100kmj dalam hanya 3.48 saat, sekali gus meletakkannya dalam kategori prestasi yang hampir setanding model seperti Lotus Eletre.

Bateri 100kWh, Pengecasan Ultra Pantas

Varian Performance AWD menggunakan bateri NMC berkapasiti 100kWh dengan jarak perjalanan sehingga 505km mengikut kitaran WLTP.

Ia turut menyokong pengecasan AC sehingga 22kW dan pengecasan DC sehingga 396kW, membolehkan tahap bateri meningkat dari 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang 20 minit.

Suspensi Udara Dan Stereng Empat Roda

Sebagai model premium, IM6 dilengkapi sistem suspensi udara adaptif yang boleh melaras ketinggian badan secara automatik mengikut mod pemanduan.

Turut disediakan sistem stereng empat roda, brek cakera Continental dengan angkup brek berwarna oren serta rim 20 inci untuk varian RWD dan 21 inci bagi Performance AWD.

Kabin Premium Dengan Skrin 26.3 Inci

Ruang dalaman menawarkan suasana moden dan mewah menerusi penggunaan bumbung panoramik, tempat duduk berkuasa dengan fungsi pengudaraan serta kemasan kulit sintetik premium.

Tumpuan utama diberikan kepada skrin paparan bersaiz 26.3 inci yang menggabungkan pelbagai fungsi kenderaan, selain sistem audio 20 pembesar suara, pencahayaan ambien 256 warna dan pengecas telefon pintar tanpa wayar.

Lengkap Dengan ADAS, Ketersambungan Pintar

MG turut melengkapkan IM6 dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, kamera 360 darjah, penyaman udara automatik dua zon serta pakej bantuan pemanduan termaju (ADAS).

Selain itu, pengguna turut menikmati akses menggunakan kad NFC, pemegang pintu rata (flush door handles) dan pintu belakang berkuasa dengan fungsi buka tanpa sentuhan.

Dijangka Jadi Model Flagship MG Di Malaysia

Di Thailand, harga IM6 bermula sekitar 1.35 juta baht (RM167,000) untuk varian Premium RWD dan 1.75 juta baht (RM216,000) bagi Performance AWD.

Bagaimanapun, memandangkan model itu akan dibawa masuk secara import penuh (CBU) dari China, harga jualannya di Malaysia dijangka lebih tinggi apabila dilancarkan kelak, sekali gus menjadi model EV premium flagship dalam portfolio MG
tempatan.

IM Motor kereta elektrik Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 MG IM6 SAIC Motor Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.