Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an
Aksesori

Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an

Han OthmanBy Han Othman29/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI BARAT, banyak pengeluar mula menghasilkan jentera sportbike khas untuk pemilik lesen A2. Mungkin kerana permintaan daripada kalangan pemilik lesen itu semakin meningkatkan.

Jentera untuk pemilik lesen A2 biasanya lebih murah, mudah dan seronok ditunggang, tetapi mesti nampak bergaya supaya dapat menarik perhatian anak muda untuk membelinya. Seperkara lagi, tidak semua pemilik lesen A2 berusia 21 tahun dengan cukup hormon testosteron dalam badan. Sesetengahnya ialah penunggang berusia, atau matang yang memilih untuk menunggang secara santai dan bergaya. Bak kata pepatah terkenal, ‘laju-laju nak ke mana’?

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

Jika anda salah seorang daripada kumpulan penunggang ‘laju-laju nak ke mana’, GG Retrofitz menawarkan kit badan GG-Rocket Street untuk sportbike aras mula yang mesra lesen A2.

GAYA RETRO 60-AN

Jika dipasang, kit badan itu akan mengubah keseluruhan gaya sportbike anda, daripada penunggang R3 moden kepada pelumba jalanan gaya 1960-an. Dari jauh nampak seperti BMW RnineT Racer. Beberapa elemen cool ditampilkan dengan saiz fairing kompak, ringkas dan padat, termasuk lampu utama tunggal bentuk bulat dan pelana tunggal.

Kit itu, yang berharga AS$1,198 (RM5,023), ialah jenis siap pasang yang boleh digantikan terus dengan badan asal, termasuk bar hendal dan lampu. Ini termasuk braket yang diposisikan semula untuk fairing dan lampu utama, serta adapter pendawaian yang mesra mentol H4 retro. Lampu belakang kekal sama seperti model standard dan disempurnakan dengan skrin aras rendah.

BACA >>> Sportbike Yamaha Manakah Paling Sesuai? R3, R6 atau R1?

Ada 4 versi kit badan ditawarkan: putih biasa, Podium, Palmae dan Habitat dengan tambahan harga AS$258 (RM1,081), kecuali putih. Maklumat lanjut boleh layari laman web: ggretrofitz.com/products

Kit GG-Rocket Street-R3 didatangkan dengan:

  • Visor depan Zero Gravity – guna alat ganti asli untuk Yamaha FZR 600 (89-90/93-99).
  • Braket Posisi Meter
  • Braket lampu utama boleh laras (padan dengan lampu utama 7 inci universal)
  • Braket sokong visor depan
  • Kowl depan
  • Fairing sisi kiri
  • Fairing sisi kanan
  • Kowl bawah
  • Penutup tangki minyak
  • Kowl ekor (belakang)
  • Cagak (mounting) badan
  • Berat: 5.9kg, Berat dikurangkan: 3.9kg

Nota:  Tidak termasuk lampu utama. Banyak lampu utama bulat 7 inci dapat dimuatkan dalam fairing GG. GG Retrofitz turut menawarkan adapter pendawaian untuk dipalam pada harnes standard bagi membolehkan soket mentol H4 digunakan. Kit grafik dijual berasingan.

Yamaha R25
Yamaha R3

Yamaha R3 tidak dijual di pasaran Malaysia, cuma R25. Sekadar berkongsi cerita. Harap maklum.

GALERI

SUMBER: VisorDown

aksesori bikin motor GG Retrofitz GG-Rocket Street Kit Badan Modifikasi Rocket Street
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.