Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento
Auto Terkini

Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Motors Corporation baru saja mendedahkan imej bayangan awal Carnival generasi keempat.

Ada merasakan Carnival baru saja muncul di pasaran, tetapi faktanya kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sudah ada sejak 2014.  Bagaimanapun di Malaysia, MPV itu sudah melangkau satu generasi yang mana model pengganti diperkenalkan pada 2017 dengan dikemas kini konfigurasi tempat duduk 11-kerusi.

BACA >>> Kia Grand Carnival Facelift Lancar di Malaysia, Harga RM179k

Carnival adalah alternatif terbaik kepada golongan berkeluarga dan berada dalam segmen sama dengan Honda Odyssey dan Toyota Sienna pasaran Amerika Syarikat (AS). Tidak hairanlah rekabentuk MPV itu direka lonjong dan rendah berbanding Toyota Vellfire dan Alphard. Di AS, Carnival dijenamakan sebagai Sedona.

Model yang ditayangkan ini pula adalah Carnival versi Korea yang jelas membawa identiti baharu Kia menerusi rekabentuk bersegi ala Seltos dan Sorento baharu.

Carnival ini juga masih kekal berpaksikan legasi terdahulu dalam saiz badan sederhana yang berjaya melariskan model ini dengan lebih dua juta unit terjual sejak dilancarkan pada 1998. Sebenarnya rekabentuk begini jelas menepati cita rasa pasaran global dari AS ke Malaysia.

Menurut Kia, MPV ini membawa pengaruh rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) yang digelar pereka Kia sebagai Kenderaan Utiliti Besar (Grand Utility Vehicle, GAV).

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Melihat foto acah Carnival baharu di atas, lampu depan menggunakan elemen teknologi tinggi yang bersambung dengan gril ‘hidung harimau’ sebagai identiti ikonik jenama itu. Pereka Kia menamakan kombinasi itu sebagai ‘arkitektur simfonik’. Dari sisi, kelihat garis badan atas gerbang roda yang bersambung dari lampu depan hingga ke belakang.

Secara keseluruhan, rekabentuk Carnival ini tidak tampil dramatik dengan garis badan atau permukaan agresif. Sama seperti Seltos dan Sorento baharu, rekabentuk MPV ini nampak bersegi dengan penampilan segak dan maskulin menerusi kadar badan dan perincian yang tepat.

Rekabentuk begini dikatakan bersifat malar segar dan generik serta terbuka untuk dijadikan model dipertingkat (facelift) yang ringkas dan relevan pada masa akan datang. Carnival generasi keempat dijadualkan memasuki pasaran Korea terlebih dahulu pada suku keempat tahun ini sebelum menyusul pasaran global lain.

BACA >>> Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)

KIA CARNIVAL VERSI PASARAN MALAYSIA
Foto Acah Foto Lakaran Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kia Kia Carnival Kia Carnival Generasi Keempat Kia Motors Cocporation Kia Seltos kia sorento MPV teaser
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.