Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Menang Lagi Anugerah iF Design 2017, Bolot Tiga Anugerah Serentak
Roda4

Kia Menang Lagi Anugerah iF Design 2017, Bolot Tiga Anugerah Serentak

Abang HirataBy Abang Hirata05/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA sekali lagi memenangi Anugerah iF Design atas rekabentuk cemerlang dihasilkan pengeluar dari Korea itu yang bukan satu, tetapi tiga model sekali gus! Tiga model terpilih tersebut ialah Kia Niro hibrid, Optima Sportswagon dan Rio baharu.

Sebenarnya, anugerah sedemikian sudah jadi kebiasaan bagi Kia. Apa tidaknya, tahun ini sudah masuk kali kelapan pengeluar itu menerima Anugerah iF Design dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12 model. Sebagai makluman jika anda baru tahu, Anugerah iF Design Award adalah antara pengiktirafan tersohor dalam industri rekabentuk.

Presiden dan Ketua Pereka Kia Motors Corporation, Peter Schreyer berkata, Anugerah iF Design adalah satu pengiktirafan buat pasukan rekabentuk global Kia.

Ketiga-tiga model yang diusahakan bersama tiga studio di Korea, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) adalah sangat penting untuk jenama kami. Melalui Niro dan Optima Sportswagon, Kia memasuki segmen pasaran baharu dan menawarkan produk inovatif dengan rekaan menarik. Rio baharu pula adalah antara produk paling laris di peringkat global. Kini, penampilan model itu sudah berubah dengan karakter lebih matang.”

– Peter Schreyer, Ketua Pegawai Pereka Kia

BUKAN DESAIN KONSERVATIF

KIA NIRO
KIA OPTIMA SPORTSWAGON
KIA RIO

Kia Niro ialah model crossover dengan nadi kuasa hibrid. Direka tanpa mengikut gaya konservatif hibrid membuatkan ia tampil unik. Menurut Kia, Niro ialah model pertama seumpamanya dalam segmen crossover hibrid.

Kia Optima Sportswagon pula ialah model pertama tourer (wagon) segmen-D yang direka khusus untuk pasaran Eropah. Rekabentuk tampil menyerlah dengan gabungan interior berkualiti tinggi selain menawarkan praktikaliti menerusi gaya badan tourer.

Kia Rio serba baharu pula bakal dipasarkan di peringkat global tidak lama lagi. Rekabentuk kali ini tampil lebih matang dan moden serta dilengkapi teknologi keselamatan terkini. Bonet Rio baharu direka lebih panjang, manakala pilar C lebih menegak, sekali gus menyerlahkan profil badan yang lebih agresif dan serius.

Anugerah iF Design bermula sejak 1953. Bagi penilaian 2017, jumlah penyertaan adalah sebanyak 5,575 produk dari 59 negara, di mana setiap produk akan diadili 58 juri bebas yang pakar dalam bidang masing-masing. Semua model baharu Kia itu menerima pengiktirafan bagi kategori Rekabentuk Produk dan majlis penganugerahan akan dianjurkan di BMW Welt dekat Munich, Jerman pada 10 Mac ini.

Anugerah iF Design 2017 iF Design Awards Kia Kia menang Anugerah if Design 2017 Kia Niro Kia Niro Hibrid Kia Optima Sportswagon Kia Rio
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 – Buat Kali Pertama Dengan Empat Pintu

    28/07/2026
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.