Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Forte (2019) Ambil Ilham Rekabentuk Stinger, Perkenal Sistem Bunyi Premium
Roda4

Kia Forte (2019) Ambil Ilham Rekabentuk Stinger, Perkenal Sistem Bunyi Premium

Han OthmanBy Han Othman22/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA mendedahkan sedan Forte (2019) serba baharu sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit, Amerika Syarikat (AS) dengan menampilkan perubahan menarik yang pastinya mengujakan peminat jenama automotif dari Korea itu.

Forte (2019) kini menawarkan lebih keselesaan berbanding model terdahulu dengan meningkatkan aspek luaran dan dalaman, termasuk menambah baik aspek kecekapan bahan api dan teknologi bantuan pemanduan termaju yang moden. Rombakan drastik ke atas Forte itu diharapkan dapat mencabar semula pasaran sedan kompak (seperti Honda Civic, Toyota Corolla, Nissan Sylphy) yang dilihat sebagai segmen paling kompetitif di pasaran global.

REKABENTUK ILHAM STINGER

Forte (2019) kali ini menampilkan rekabentuk fastback dengan bonet panjang dan but pendek, sama seperti Stinger. Kia turut mengubah poin kowl belakang sebanyak 5 inci bagi mewujudkan profil kereta yang rendah dan dinamik. Lampu utama kekal dengan imej tersendiri, manakala lampu belakang LED sedikit mirip crossover Sportage. Apapun, rekabentuk keseluruhan sangat menggiurkan.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang – Kia Stinger GT Lawan Porsche, BMW?

Panjang keseluruhan Forte (2019) ditambah 3.2 inci (810mm) kepada 4,640mm, yang turut menambahkan keluasan ruang kaki dan luas but. Kia turut meninggikan profil kereta sebanyak separuh inci (12.7mm) kepada 1,440mm, manakala lebar badan ditambah kepada 1,798mm.

Ruang kabin Forte (2019) jelas mengambil ilham rupa dalaman Stinger menerusi ventilator penyaman udara bentuk bulat, skrin sentuh 8-inci berwarna, tema papan pemuka horizontal dengan butang minimal, dan penggunaan material soft-touch. Sedan segmen-C ini turut dilengkapkan ciri konektiviti telefon pintar dengan menawarkan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto, termasuk fungsi membaca kiriman teks SMS secara Bluetooth menerusi pembesar suara.

SISTEM BUNYI PREMIUM

Antara ciri lain disediakan ialah pengecas wayarles yang sesuai untuk peranti Android dan Apple iPhone8 serta iPhone X. Namun, ciri paling mengejutkan ialah pengenalan sistem bunyi premium Harman Kardon 320-watt dengan paten lubang pembesar suara unik pada panel pintu dan kabin, sesuatu yang jarang diperkenalkan model-model segmen sama.

Teknologi keselamatan aktif pula membariskan ciri Amaran Perlanggaran Titik Buta (BSCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA), serta ditambah pula Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA) dan Kawalan Jelajah Pintar (SCC).

BACA >>> 7 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Kia Picanto (2018) Serba Baharu

Prestasi Forte (2019) dijana enjin 4-silinder 2.0L generasi kedua, daripada teknologi kitara Atkinson dan sistem penyejukan EGR yang kedua-duanya direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api. Enjin baharu itu dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan atau Transmisi Variabel Pintar (IVT). Kuasa dan tork kekal sama seperti Forte (2018), iaitu 147hp dan tork 178Nm dengan anggaran bahan api 35mpg (6.7 liter per 100km) bagi penggunaan bandar/lebuh raya, lebih baik berbanding model terdahulu.

Kia Forte (2019) dijangka tiba di pasaran AS tahun ini, manakala pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada menerima kunjungan sedan serba anggun ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

fastback Kia Kia Forte Kia Forte (2019) NAIAS 2018 Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 Roda4 Sedan Segmen C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.