Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri
Autotainment

Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

Han OthmanBy Han Othman23/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI pernah dijemput ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menjadi pemeriksa kenderaan (VE) agensi itu dalam acara khas, ‘Be a Vehicle Examiner for a Day’. Malah, kami siap diberikan jaket, cermin mata industri berserta topi khas yang memang menjadi kostum wajib petugas ketika memeriksa kenderaan. Semua itu dilakukan semata-mata untuk memberikan gambaran sebenar bagaimana seorang VE bertugas.

Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:

1. SIAPA PUSPAKOM?

PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.


2. JENIS PEMERIKSAAN

Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORI dan SUKARELA.

i) MANDATORI

Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.

Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:

  • Pemeriksaan Awalan
  • Pemeriksaan Berkala
  • Pemeriksaan Semula
  • Pemeriksaan Khas
  • Pemeriksaan Tukar Milik
  • Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
  • Pemeriksaan Penilaian
  • Pemeriksaan Lelong
  • Pemeriksaan Sukarela
  • Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
  • Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
  • Pemeriksaan Insurans

Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM. Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan. Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.

Berapa caj?

Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.

ii) SUKARELA

Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.

Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:

Berapa caj?

Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.


3. YURAN PEMERIKSAAN MAHAL? ADA ‘ORANG DALAM’?


PUSPAKOM mengakui banyak mendapat maklum balas pengguna yang terkejut apabila diberitahu bayaran pemeriksaan adalah dalam purata sekitar RM50 sahaja. Ramai menyangka PUSPAKOM mengenakan bayaran melampau mahal. Malah, PUSPAKOM bertegas menafikan meletakkan jumlah bayaran tertentu untuk membolehkan sesebuah kereta mudah lulus.

Faktanya, ramai pengguna terpedaya dengan tipu helah khidmat orang tengah atau runner dengan bayaran ratusan ringgit yang kononnya diminta ‘orang dalam’ supaya kenderaan mereka mudah dan cepat lulus. PUSPAKOM sendiri mendedahkan kepada kami beberapa kes siasatan yang dilakukan berikutan aduan sesetengah pengguna tentang ada pegawainya menerima habuan rasuah untuk meluluskan atau mempercepatkan pemeriksaan kenderaan.


Namun, selepas siasatan dilakukan pada tarikh dan masa dilaporkan, jelas sekali si runner langsung tidak berjumpa sesiapa pun. Sebaliknya, dia cuma beratur seperti biasa lebih kurang satu atau dua jam, dan kemudian mendapat keputusan mengikut standard pemeriksaan. Malangnya, yang mendapat nama buruk ialah PUSPAKOM, manakala yang ditipu hidup-hidup ialah pengguna dan mendapat habuan pula, runner sendiri.

Sebagai makluman, PUSPAKOM sendiri dipantau dan diaudit oleh 11 agensi berbeza (lihat senarai agensi di atas) yang akan turun padang secara rawak. Setiap minggu pasti ada saja muka-muka ‘perisik’ yang ada di sekitar kawasan pemeriksaan PUSPAKOM.


4. PROSES PEMERIKSAAN

SUMBER: Puspakom

Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?

Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.

Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.


5. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK SANGAT LECEH?

Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).


Pesanan kami, sila berhati-hati dengan sesetengah premis kereta terpakai yang sengaja meletakkan kos upah pemeriksaan PUSPAKOM yang melampau mahal, sedangkan kos sebenar baru RM30 sahaja. Ya, RM30 sahaja! Jangan percaya tipu helah yang kononnya mereka perlu bayar ‘orang dalam’ supaya kereta anda mudah dan cepat lulus, walhal runner mereka pun perlu beratur seperti pemilik kenderaan lain juga. Lagipun, semua keputusan pemeriksaan direkodkan terus ke dalam pangkalan data komputer.

Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.

Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:

RUJUKAN: Puspakom

6. STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN

Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.

PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility – ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.

Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap. Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.

GALERI
pemeriksaan percuma puspakom

SUMBER: PUSPAKOM

6 fakta PUSPAKOM autotainment periksan kenderaan di PUSPAKOM Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) PUSPAKOM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
View 11 Comments

11 Comments

  1. Najib on 10/04/2018 13:17

    Saiz sport rim yang di benarkan untuk kereta sewa,.?

    Reply
  2. Fauziah Osman on 13/09/2018 15:04

    Assalamualaikum
    Saya telah survey bayaran pemeriksaan tukar engine rm500..
    Betul ke bayaran sebanyak tu?

    Reply
  3. Senjot on 02/11/2019 02:51

    Perakuan pemeriksaan saya akan tamat pada 3/11/2019 ahad..esok puspakom tutup sabtu..jika perakuan pemeriksaan saya tamat sehari kerana sy akan ke puspakom pada isnin 4/11/2019 adakah saya didenda..t.kasih

    Reply
  4. Imran on 18/12/2019 09:53

    waalaikumussalam. saya rasa salah tu. kalau nak buat pemeriksaan tukar engine bayaran tak sampai RM100 sebab dia kene buat inspection 2 kali. yang 1. arahan jpj & 2. khas. kalau nak cepat saya recommend abang booking inspection secara online nanti dia akan tulis harga berapa. harap dapat membantu.

    Reply
  5. CYPRIAN ANAK KANANG on 08/01/2020 16:34

    Afternoon, Just do inspection for our company lorry today. I just curious what the actual pass percentage to pass L Break. cause our result after checking is 52% but still fail. I Go to Puspakom site the pass percentage is 50% and above. please explain. Thank you.

    Reply
  6. Rozman on 20/05/2020 07:21

    Apa beza pemeriksaan berkala dengan awalan semula?

    Reply
  7. Junaidy on 22/06/2020 10:21

    Pemeriksaan kenderaan berkala yg gagal Dan dtg semula utk pemeriksaan selepas baikpulih melebihi 30 Hari, apakah syarat Dan proscedurnya

    Terima kasih

    Reply
  8. Aliceslw on 17/02/2021 19:21

    Adakah betul JPJ atau Puspakom akan charge RM400 untuk muatan 5 orang bagi 3 ton lorry ?

    Reply
  9. RUKIAH BT RAMLI on 02/04/2021 22:45

    Assalamuaalaikum..nak tahu bagi membuat pemeriksaan kereta di puspakom ada kah tarikh luput atau perlu.membuat sekali lagi pemeriksaan walaupun baru sebulan di buat bagi tujuan tukar nama bagi pembeli baru

    Terima kasih

    Reply
  10. Nurul ahsan bin hamzah on 25/05/2021 10:30

    1.Mengenai lampu beacon light yg di gunakan pada kenderaan low loader/self loader pula….lampu ini bertujuan utk memberi isyarat kpd pemandu lain bahawa muatan lori tersebut berat dan ada kala lebar,tetapi….baru² ini…pihak puspakom kota kinabalu pula meminta surat kebenaran menggunakan lampu tersebut sedangkan sewaktu pemeriksaan puspakom pada pendaftaran pertama dan di dalam pelan kenderaan itu terdapat beacon light tersebut serta sudah lulus pemeriksaan,jadi apakah jenis surat lagi yg di perlukan oleh pihak puspakom kota kinabalu???dan mengapa tiada notis pemberitahuan awal di keluar kan oleh pihak puspakom kota kinabalu????

    2.mengapakah dan apakah keperluan kepada puspakom dan apakah fungsi ‘RUNNER’ yg terdapat di puspakom kota kinabalu

    Reply
  11. hafiz on 03/12/2021 00:17

    bagaimana nak samekan due date puspakom, roadtax & insuran ye.

    puspakom due 10 dec 2021
    roadtax due 10 dec 2021
    insuran due 5 jan 2022

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.