Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ketahui 11 Perkara Tentang MisterTyre – Kedai Tayar Bergerak Pertama di Malaysia
Autotainment

Ketahui 11 Perkara Tentang MisterTyre – Kedai Tayar Bergerak Pertama di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman29/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMUNCULAN syarikat start-up yang berorientasikan aplikasi telefon pintar bukanlah perkara pelik dalam era teknologi maklumat masa kini. Dunia automotif misalnya, kita dapat saksikan kehadiran banyak syarikat seumpama itu yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan jualan kepada sasaran pembeli tertentu tanpa memerlukan mereka membazir masa untuk menunggu, dan meredah kesesakan jalan raya.

Ada syarikat menawarkan perkhidmatan menukar bateri, mencuci kereta, dan membaik pulih kenderaan serta banyak lagi. Tetapi tidak pernah pula kita dengar ada aplikasi pintar yang menyediakan servis rotasi tayar membabitkan proses menjajar dan mengimbang (alignment and balancing) roda.

Tetapi itulah yang ditawarkan MisterTyre yang menjadi satu-satunya syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ‘kedai tayar bergerak’ semudah membuat tempahan atas talian. Dilancarkan secara rasmi pada September 2017, MisterTyre kini sudah pun menerima lebih 200 tempahan membabitkan pelbagai jenama dan jenis kenderaan daripada model bajet hingga mewah.

Berikut beberapa perincian mengenai MisterTyre yang perlu anda tahu:

1. TEMPAHAN MENERUSI APLIKASI ONLINE


MisterTyre tiada kedai fizikal dan beroperasi sepenuhnya secara bergerak menggunakan van panel  Ford Transit. Anda tidak perlu langsung memandu ke mana-mana. Cuma muat turun perisian MisterTyre di App Store untuk telefon jenama Apple, manakala pemilik telefon dikuasakan sistem operasi (OS) Android pula boleh melakukannya menggunakan Google Play.

2. TEMPAHAN MUDAH, PANTAS

Berikut apa yang perlu anda lakukan selepas aplikasi MisterTyre dimuat turun:

  • Daftar kereta dan lokasi.
  • Pilih perkhidmatan dimahukan (rotasi tayar, tukar tayar baharu, tukar bateri, tukar minyak enjin).
  • Pilih tarikh dan masa.

3. TEMPOH TEMPAHAN SEPANTAS 2 JAM!

Tempoh van MisterTyre tiba selepas tempahan dibuat adalah 2 jam bagi servis rotasi, manakala perkhidmatan lain seperti menukar minyak enjin, bateri atau menukar tayar memerlukan tempoh menunggu lebih lama, iaitu 6 jam.

Sebenarnya, anda tidak perlu menunggu pun kerana anda yang menentukan masa sendiri. Katakan anda mahu buat servis rotasi dan cuma ada kelapangan pada jam 4 petang, buatlah tempahan sekitar jam 2 petang. Semuanya dibuat secara online seperti menempah tiket kapal terbang. Kalau jadual penuh, pilihlah tarikh dan masa lain. Semua tertera dalam aplikasi. Waktu operasi adalah 7 hari seminggu bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

4. SIAP SEJAM, ADA JAMINAN PULANGAN WANG!

Apa yang bagus, MisterTyre memberi jaminan bahawa setiap servis dilakukan akan selesai dalam tempoh sejam sebaik saja tiba di lokasi. Anda boleh duduk bersantai di rumah atau lepak kedai mamak, dan tunggu saja mereka buat panggilan apabila servis selesai.

MisterTyre turut memberikan jaminan pulangan wang jika anda dapat buktikan ada produk atau servis lain seumpama mereka yang menawarkan harga lebih murah. Tunjukkan saja bukti dan MisterTyre bersedia membayar beza harga yang anda terpaksa keluarkan.

5. OPERASI SEKITAR LEMBAH KLANG

MisterTyre setakat ini cuma menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan sekitar Lembah Kelang sahaja. Bagaimanapun, mereka turut merancang meluaskan perkhidmatan hingga ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Singapura.

6. SIAPA PENGASAS? IDEA PENUBUHAN?

SUMAN MATHEVAN

MisterTyre diasaskan Suman Mathevan dan rakan kongsinya, Dennis Melka. Servis tayar secara bergerak mungkin baharu di Malaysia, tetapi sebenarnya perkhidmatan seumpama itu menurut Suman, sudah lama ditawarkan di Eropah.

Malah, Suman mengakui idea asal MisterTyre memang tercetus daripada idea dari sana. Bezanya, servis tayar secara bergerak di Eropah dibuat secara panggilan telefon, sebaliknya MisterTyre di Malaysia beroperasi secara atas talian sepenuhnya.

Daripada tempahan, pemilihan produk hingga membuat bayaran, semua proses tersebut dibuat menerusi aplikasi mobil di telefon pintar. Sangat mudah dan pantas serta paling penting, meyakinkan.

7. TENTANG JENTERA

Apa yang ada pada van panel Ford Transit yang menjadi kenderaan rasmi MisterTyre ialah permukaan lantai berplat besi, mesin pengimbang tayar dan penjajaran roda berlaser, mesin pembuka tayar, generator elektrik dikuasakan diesel, jek hidraulik, mesin penyedut minyak enjin, mesin diagnostik ECU kereta dan peralatan khusus lain untuk kerja-kerja berkaitan. Menurut Suman, sejumlah RM350,000 dilaburkan untuk menyiapkan van dan kelengkapan servis berkaitan tayar.

8. BAGAIMANAKAH TENAGA PAKAR?

MisterTyre setakat ini berkhidmat dengan 12 pekerja dan lima daripadanya direkrut khas untuk tugasan servis mobil yang mana mereka akan turun padang berjumpa pelanggan. Ketua Mekanik, Visa Rao Hanumantra Rao berpengalaman 12 tahun di pusat servis BMW, manakala mekanik lain sememang mahir dalam kerja-kerja teknikal berhubung tayar.

9. LOKASI SERVIS DI MANA?

Terpulang kepada anda. MisterTyre cuma memerlukan ruang sebesar dua petak parkir, tidak kira sama ada selari atau sebelah menyebelah. Servis boleh dibuat di rumah, parkir pejabat dan mana-mana kawasan lapang terdekat. 

10. JENIS PRODUK DAN SERVIS


Produk ditawarkan MisterTyre terdiri daripada 23 jenama tayar, 4 jenama bateri dan 8 jenama minyak enjin. Semua produk itu boleh dipilih terus daripada aplikasi dimuat turun, dan disertakan juga bersama harga dan berapa bayaran keseluruhan yang perlu dibayar. Langsung tiada caj tersembunyi dan anda cuma bayar apa yang tertera atas skrin telefon pintar.

Servis rotasi, termasuk penjajaran dan pengimbangan tayar pula bermula serendah RM70. Perlu diingatkan, bayaran perlu dibuat dahulu secara online jika mahu tempahan diterima. Katakan tidak kepada scammer!

11. MASUKKAN KOD PROMO, NIKMATI DISKAUN HARGA


Mahu cuba perkhidmatan MisterTyre? Apa kata masukkan kod promo di bawah ini ketika membuat tempahan:

MTPL50

Apa kelebihan kod pomosi di atas? Kelebihannya, anda layak menikmati potongan harga hingga RM50! Promosi ini cuma khas untuk pembaca Pandu Laju dan Arena Permotoran sahaja. Tunggu apa lagi? Maklumat lanjut boleh hubungi MisterTyre di laman web rasmi dan Facebook. Bukan selalu kami belanja!

autotainment kedai tayar bergerak Mister Tyre Roda4 syarikat start-up
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.