Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku
Roda4

Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Han OthmanBy Han Othman18/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI kita semua tahu, warga Eropah memang mempunyai cita rasa tinggi dan terkehadapan dalam hal membeli kereta berbanding penduduk benua lain. Tidak hairan pun kerana revolusi industri dan automotif itu memang bermula di Eropah sebelum menular ke seluruh dunia.

Perlu diingatkan, penduduk Eropah bukan terhad kepada negara pengeluar automotif berstatus gergasi seperti Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Sepanyol yang popular dalam pengetahuan kita, tetapi ada banyak negara lain di rantau itu.

SKODA KUASAI PASARAN

Misalnya, jenama Skoda, berasal Republik Czech, juga boleh dianggap gergasi automotif Eropah. Walaupun hanya menguasai majoriti pasaran di negara Eropah Timur dan Scandinavia, tetapi jenama itu menerusi Octavia ialah model paling laris di Eropah dengan jualan 323,683 unit dan lebih 200,000 unit saja terjual di negara asalnya. Ironinya, Skoda kini berada di bawah syarikat induk, Volkswagen Group (VW).

VW Golf pula menjadi model Eropah paling popular yang menduduki ranking pertama di tujuh negara Eropah, manakala Fiat Panda pula cuma perlu menjadi nombor satu di negara asal, Itali untuk tersenyum di kedudukan ketiga paling popular seluruh Eropah.

Toyota (Greece), Nissan (Croatia dan Latvia), Suzuki (Hungary) dan Hyundai (Ireland) ialah empat jenama bukan Eropah paling popular, dan semua negara itu semestinya bukan negara pengeluar automotif. Sekarang, apakah anda pernah dengar kereta bernama Dacia Logan? Ya, itulah model kereta nombor satu di Romania, tetapi tidaklah menghairankan kerana Romania memang negara asal jenama Dacia.

Penduduk Britain (Ford Fiesta) dan Sweden (VW Golf) menjadi dua negara pengeluar automotif Eropah yang tidak mengangkat jenama buatan tempatan. Apakah itu antara protes rakyat masing-masing kerana pengeluar tempatan sudah jadi milikan asing? Ataupun itu masalah biasa dialami negara pro demokratik berbanding bekas negara fasis atau sosialis yang lebih kuat semangat nasionalisme?

Sekarang mari ketahui ranking 15 kereta paling laris di Eropah dan pecahan jualan serta model mengikut negara sepanjang 2016. Data diperoleh menerusi analisis JATO Dynamics:

RANKING 15 MODEL KERETA MENGIKUT JUALAN TERTINGGI

1. SKODA OCTAVIA – 323,683 (Republik Czech, Estonia, Finland, Poland, Switzerland)
2. VOLKSWAGEN GOLF – 259,707 (Austria, Belgium, Jerman, Luxembourg, Belanda, Norway, Sweden)
3. FIAT PANDA – 147,262 (Itali)
4. RENAULT CLIO – 127,466 unit (Perancis, Portugal, Slovenia)
5. FORD FIESTA – 120,525 (Britain)
6. SEAT LEON – 33,494 (Sepanyol)
7. DACIA LOGAN – 16,960 (Romania)
8. PEUGEOT 208 – 16,960 (Romania)
9. HYUNDAI TUCSON – 7,425 (Ireland)
10. SUZUKI VITARA – 6,538 (Hungary)
11. SKODA FABIA – 5,373 (Slovakia)
12. TOYOTA YARIS – 5,307 (Greece)
13. FIAT 500 – 2,459 (Lithuania)
14. FIAT 500L – 1,709 (Serbia)
15. NISSAN QASHQAI – 1,459 (Croatia, Latvia)

PECAHAN JUALAN MENGIKUT NEGARA

* Senarai disusun mengikut abjad nama negara.

  1. AUSTRIA: VOLKSWAGEN GOLF (12,684 unit)
  2. BELANDA: VOLKSWAGEN GOLF (10,858 unit)
  3. BELGIUM: VOLKSWAGEN GOLF (14,519 unit)
  4. BRITAIN: FORD FIESTA (120,525 unit)
  5. CROATIA: NISSAN QASHQAI (687 unit)
  6. DENMARK: PEUGEOT 208 (9,381 unit)
  7. ESTONIA: SKODA OCTAVIA (1,139 unit)
  8. FINLAND: SKODA OCTAVIA (5,530 unit)
  9. GREECE: TOYOTA YARIS (5,307 unit)
  10. HUNGARY: SUZUKI VITARA (6,538 unit)
  11. IRELAND: HYUNDAI TUCSON (7,425 unit)
  12. ITALI: FIAT PANDA (147,262 unit)
  13. JERMAN: VOLKSWAGEN GOLF (185,654 unit)
  14. LATVIA: NISSAN QASHAI (772 unit)
  15. LITHUANIA: FIAT 500 (2,459 unit)
  16. LUXEMBOURG: VOLKSWAGEN GOLF (1,645 unit)
  17. NORWAY: VOLKSWAGEN GOLF (12,259 unit)
  18. PERANCIS: RENAULT CLIO (112,118 unit)
  19. POLAND: SKODA OCTAVIA (16,960 unit)
  20. PORTUGAL: RENAULT CLIO (11,494 unit)
  21. REPUBLIK CZECH: SKODA OCTAVIA (288,406 unit)
  22. ROMANIA: DACIA LOGAN (16,911 unit)
  23. SEPANYOL: SEAT LEON (33,494 unit)
  24. SERBIA: FIAT 500L (1,709 unit)
  25. SLOVENIA: RENAULT CLIO (3,854 unit)
  26. SLOVAKIA: SKODA FABIA (5,373 unit)
  27. SWEDEN: VOLKSWAGEN GOLF (22,088 unit)
  28. SWITZERLAND: SKODA OCTAVIA (11,648 unit)

SUMBER: Autocar.co.uk

kereta paling laris di Eropah 2016 Roda4 Skoda Octavia terlaris di Eropah Volkswagen Golf
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.