Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Pemandu Mabuk Jadi Aset Tempur, Logistik Tentera Ukraine?
Auto Terkini

Kereta Pemandu Mabuk Jadi Aset Tempur, Logistik Tentera Ukraine?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUKAN mudah untuk membersihkan jalan raya daripada ancaman pemandu mabuk. Pelbagai tindakan sudah diambil termasuk kenderaan disita, denda serta mengheret pelaku ke mahkamah.

Kewujudan pemandu mabuk di jalan raya masih berlaku dan ini suatu masalah global. Salah satu cara terbaik membanteras pemandu mabuk di jalan raya ialah merampas kenderaan mereka dan lelong.

BACA >>> Kilang Era Perang Mitsubishi Pajero Bakal Jadi Kilang Tisu Tandas?

Bagaimanapun, Kerajaan Latvia ada suatu pendekatan agak luar biasa. Mereka tidak bercadang menjual kenderaan disita tetapi menghadiahkannya kepada tentera Ukraine.

Kerajaan Latvia sudah meluluskan langkah tersebut yang melibatkan kenderaan disita daripada pemandu mabuk. Berdasarkan laporan, cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri Latvia, Krisjanis Karin.

Pelaksanaan program itu akan dibuat melalui Kementerian Kewangan yang masih membuat persediaan untuk pelaksanaan program tersebut.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?

Khabarnya, idea sebenar program itu datangnya dari pergerakan sosial Latvia yang dikenali sebagai Twitter konvojs/NGO Agendum dan sudah mengirim lebih 1,000 kereta kepada tentera Ukraine.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata:

Sekarang kita saksikan semakin kurang kenderaan untuk meneruskan niat baik dengan kepantasan sama. Oleh itu, kami percaya kereta-kereta yang dirampas dari pemandu mabuk di Latvia akan membantu inisiatif tersebut.”

Di Latvia, kereta pemandu mabuk boleh dirampas jika paras kemabukan melebihi 1.5 per mg/dL atau menyamai paras alkohol dalam darah 0.15 peratus.

Sebelum ini, Perkhidmatan Hasil Negara Latvia akan melelong semua kenderaan disita tetapi idea terbaharu ialah menjadikan kenderaan tersebut sebagai hadiah percuma kepada Ukraine.

Beberapa tahun lalu, beberapa badan amal sudah membuat sumbangan wang, bekalan dan kenderaan dalam kempen perang Ukraine. Ini melibatkan trak ladang, kenderaan komersial atau apa sahaja yang boleh bergerak untuk dijadikan kenderaan kegunaan ketenteraan di Ukraine.

Sukarelawan di bandar Lviv pula akan membuat kimpalan besi keluli dan kerja-kerja memperkukuhkan kenderaan sebelum menghantarnya ke zon perang.

BACA >>> Krisis Perang Rusia-Ukraine Jejas Pengeluaran BMW
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Honda Motor Umum Bantuan Kemanusiaan RM4.6 Juta
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Harley-Davidson Henti Operasi Perniagaan, Eksport Motosikal ke Rusia
BACA >>> Ferrari, Lamborghini Bantu Rakyat Ukraine, Henti Pengeluaran Di Rusia
BACA >>> CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik

SUMBER: Insider | Motor1

autoterkini Krisjanis Karin Perang Rusia-Uk Tentera Ukraine
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.