• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

June 12, 2016 By Han Othman 1 Comment

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA boleh saja meluangkan masa membeli pakaian dan stroler buat si kecil, tetapi apakah kereta anda mengalu-alukan ahli keluarga baru anda? Tahukah anda bayi anda akan merasai pengalaman perjalanan pertama dalam kereta ketika pulang dari hospital ke rumah. Pastikan perjalanan anda dan bayi selamat dan selesa.

Daripada memilih kerusi bayi atau baby car seat yang betul hingga memiliki aksesori diperlukan, panduan ini akan membantu menjadikan kenderaan anda mesra bayi.

BACA >>> Budak 11 Tahun Reka Peranti Elak Kanak-Kanak Maut Kepanasan Ditinggalkan dalam Kereta

BEBERAPA PERKARA PERLU DIAMBIL KIRA

Mulalah membeli-belah kerusi bayi sebelum kelahiran si kecil. Baca manual pengguna dengan teliti dan ikuti tip diberikan di bawah ini:

1. FAHAMI JENIS KERUSI BAYI
Ciri LATCH.
Ciri LATCH.
kerusi kanak-kanak
Kerusi hadap-belakang
Kerusi hadap-belakang

Ada dua jenis kerusi bayi asas, iaitu untuk bayi (di bawah 1 tahun) dan kanak-kanak (1-4 tahun). Kerusi bayi ialah eksklusif untuk kegunaan hadap-belakang dan menampung berat antara 10 dan 15kg. Kerusi konvertibel (atau kanak-kanak) pula menyokong berat hingga 18kg bagi posisi hadap-belakang dan 32kg hadap-depan supaya anda boleh menggunakan kerusi yang sama sepanjang anak membesar.

Kerusi yang dipilih sepatutnya padan seeloknya dengan tidak lebih satu inci pergerakan dalam sebarang arah. Jika kereta anda dibina selepas 2002, ia sepatutnya ada sistem Penambat dan Pautan Bawah untuk Kanak-Kanak (Lower Anchors and Tethers for Children - LATCH) bagi membantu kerusi kekal di posisi betul.

2. KERUSI KERETA BAYI TERPAKAI: YA ATAU TIDAK?

used-car-seat
Tidak kira berapa bagus produk yang dibeli, anda sepatutnya tidak membeli kerusi bayi terpakai. Ini kerana anda tidak tahu tahap kerosakan yang mungkin berlaku, atau jika ia sudah dicuci sebelum dijual. Model lama mungkin sudah menghampiri tarikh luput dan kurang ciri keselamatan penting.

Span atau kusyen kerusi bayi boleh jadi sudah relai dan berhabuk kerana sudah lama digunakan. Itu membahayakan bayi anda, terutama yang mengidap alahan.

3. BELI AKSESORI 'AFTERMARKET' UNTUK KERUSI BAYI: APAKAH SELAMAT?

mirror-car-seat
Sesetengah ibu bapa rasa selamat apabila mereka dapat melihat muka anak mereka ketika memandu, jadi mereka meletakkan cermin kecil pada kerusi bayi. Sesetengahnya sukakan idea menambah kusyen atau aksesori hiasan. Semua aksesori atau tambahan luar atau aftermarket tidak diuji dengan kerusi kereta bayi dan mungkin menjejaskan keselamatan.

Jika tidak diletakkan pada posisi betul, aksesori tambahan itu juga berisiko menjadi senjata pembunuh apabila berlaku perlanggaran. Jadi, sila berhati-hati.

4. LARASKAN KERUSI BAYI DENGAN BETUL

manual-car-seat
Mengetahui bagaimana memasang kerusi kereta pada sudut betul ialah penting bagi memastikan bayi selamat jika berlaku kemalangan. Menjajarkan kerusi dengan betul juga memberikan sokongan diperlukan untuk tubuh si kecil dengan meminimumkan risiko bongkok atau jatuh semasa memandu. Cara terbaik melaras kerusi bayi ialah membaca manual yang disertakan bersama produk bagi memastikan anda mendapat sudut tepat untuk model tertentu.

5. PASTIKAN BAYI SELESA DAN SELAMAT

bayi-tidur
Kajian dilakukan Akademi Amerika bagi Pameran dan Persidangan Pediatrik Kebangsaan (AAPNCE) mendedahkan 69 peratus ibu bapa gagal mengikat anak mereka dengan betul pada kerusi kereta dan terlalu longgar. Kira-kira 52 peratus mengenakan abah-abah dan klip pada posisi salah, manakala sekitar 15 peratus ibu bapa tidak tahu bagaimana melaraskan tali keledar.

Cara betul melaraskan abah-abah kerusi bayi ialah meletakkannya pada paras ketiak dan ia sepatutnya terletak rata bertentangan dada bayi bagi keselamatan maksimum.

Penting juga memastikan kerusi memiliki penimbal (buffer) jelas antara pintu dan kerusi depan kereta. Kawasan kusyen menghalang kerusi daripada menghempas ke mana-mana arah ketika kemalangan. Mayo Clinic mencadangkan kawasan kerusi tengah sebagai posisi untuk mewujudkan kusyen terbesar.

6. BUAT PEMERIKSAAN DI STESEN KERUSI BAYI

car-seat-inspection
Idea terbaik adalah mencari stesen kerusi bayi dan biarkan kerusi anda diperiksa sebelum ke mana-mana. Pegawai teknikal akan menetapkan sama ada kerusi bayi itu dipasang dengan betul atau memberikan nasihat sepatutnya.

BACA >>> Kerusi Kanak-Kanak Volvo Generasi Baharu, Lebih Selesa dan Mudah

Malangnya, stesen kerusi bayi cuma ada di Amerika Syarikat (AS) atau beberapa negara Eropah, dan tiada di Malaysia. :p Jadi, anda boleh saja menonton cara betul memasang kerusi bayi di YouTube atau minta bantuan rakan yang pernah memasangkan kerusi bayi untuk anak mereka. Jangan marah.

Related

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, baby car seat, kereta mesra bayi, kerusi bayi, kerusi kereta bayi, kerusi kereta kanak-kanak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev