Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Keranamu Penumpang, Pemandu Uber Ini Nekad Redah Air Pasang
Autotainment

Keranamu Penumpang, Pemandu Uber Ini Nekad Redah Air Pasang

Han OthmanBy Han Othman05/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pemandu-uber-air-pasang
INILAH bukti seorang pemandu pengangkutan awam yang berdedikasi. Seorang pemandu Uber di Britain terkandas di pertengahan laluan tambak akibat tersilap mengagak kelajuan air pasang yang akhirnya menutup akses utama ke tanah besar.

Menurut The Express, pada masa sama, seorang lelaki Matt Bradshaw dan seorang rakannya sedang merakamkan video kota terkenal di Pulau Holy dekat luar pantai Northumberland dengan menggunakan kamera dron.

Menurut Bradshaw, dalam perjalanan pulang, dia terperasan sebuah sedan putih sedang bergelut meredah air pasang yang membanjiri laluan tambak yang menghubungkan Pulau Holy dan tanah besar. Dia kemudian terus saja merakamkan aksi cemas dan dramatik tersebut.

Saya pergi ke Pulau Holy dengan kawan untuk membuat rakaman kota. Kami lihat kereta itu datang dari arah pulau. Dia sangat berani dan saya ambil keputusan merakamkannya,” kata Bradshaw.

PERTAMA KALI LIHAT

Kereta putih tersebut dipandu seorang pemandu Uber bersama penumpangnya. Pemandu itu kelihatan dapat merentasi laluan tambak yang sedang digenangi air sebelum berhenti di tengah laluan yang masih lagi kering. Sebaik saja menghentikan kereta, seluruh laluan tambak mula dipenuhi air pasang, sekali gus memutuskan akses ke tanah besar.

Penumpang Uber kelihatan membuka pintu dan melambai kepada kamera dron Bradshaw. Tidak lama kemudian, petugas keselamatan yang sememangnya sudah biasa dengan insiden seumpama itu tiba untuk menyelamatkan mereka berdua.

Saya berada dalam tentera selamat 24 tahun dan sudah lihat banyak perkara. Tetapi belum ada lagi jumpa benda tidak masuk akal seperti ini,” kata Bradshaw lagi.

Tambak Pulau Holy kerap dinaiki air pasang dan masa selamat menyeberang sememangnya sudah dinyatakan di laluan masuk sebagai makluman kepada pemandu. Bagaimanapun, pemandu Uber itu tidak mengetahui notis berkenaan.

Mungkinkah dia patut memandu Tesla Model S yang pernah dirakamkan dapat berenang meredah banjir? 😛

SUMBER: Express.co.uk

autotainment kamera dron pemandu Uber pemandu Uber redah air pasang pengangkutan awam penumpang Uber Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.