Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Lancar MyRailLife, Percuma Naik Komuter, Shuttle KTM untuk Pelajar Sekolah, OKU
Auto Terkini

Kerajaan Lancar MyRailLife, Percuma Naik Komuter, Shuttle KTM untuk Pelajar Sekolah, OKU

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELAJAR sekolah dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kini boleh menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma sepanjang masa dengan menggunakan pas perjalanan tanpa had MyRailLife.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pas perjalanan percuma MyRailLife dikhaskan untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam dan OKU untuk tiga perkhidmatan KTMB iaitu:

BACA >>> Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar
BACA >>> Anthony Arah Gantung Operasi Syarikat Lori Punca Ibu Hamil Parah, Bayi dalam Kandungan Maut

  • Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas
  • KTM Komuter Sektor Lembah Klang
  • KTM Komuter Sektor Utara

Loke berkata;

Selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras hasrat Kerajaan mengawal kos sara hidup.”

Anthony menjelaskan, MyRailLife boleh digunakan tanpa had untuk pelajar sekolah dan golongan OKU yang sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MyRailLife melibatkan kos RM4 juta setahun dan dikuat kuasa kelmarin dengan mencatat 320 pendaftaran seluruh negara pada hari pertama.

Beliau memberi contoh, seorang individu OKU yang tinggal di Alor Setar (Kedah) dan bekerja di Butterworth (Pulau Pinang) perlu berbelanja RM7.20 sehari atau RM180 sebulan untuk kos pengangkutan perkhidmatan komuter pergi-balik.

Dengan ada pas MyRailLife, beliau mendapat penjimatan perbelanjaan pengangkutan itu.”

TREN KTM UTARA DITAMBAH

Anthony berkata lagi;

Saya juga menerima keluhan para penumpang KTM Komuter Sektor Utara, terutama di laluan Padang Besar-Butterworth, yang mengadu kesesakan di waktu puncak disebabkan permintaan semakin meningkat.

“Justeru, 3 set tren Skypark Link Subang akan dikerah ke Komuter Sektor Utara untuk meningkatkan kekerapan pada waktu puncak pagi dan petang.

“Saya harap redeployment tersebut dapat membantu kalian yang bekerja dan berulang-alik dari Padang Besar hingga Butterworth.”

BAGAIMANAKAH NIKMATI FAEDAH MYRAILLIFE?

  • Perlu daftar dengan KTMB untuk dapatkan nombor Passenger Name Record (PNR).
  • Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau laman web KTM
  • Pendaftaran PNR untuk mendapatkan MyRailLife boleh dibuat di kaunter KTMB.
  • Permohonan pendaftaran PNR boleh dibuat penumpang atau pihak penumpang, tetapi perlu kemukakan dokumen berkaitan.

APA DOKUMEN DIPERLUKAN?

  • Pelajar tahun satu hingga tingkatan lima: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir.
  • Pelajar tingkatan enam: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir dan borang pengesahan pelajar dari sekolah.
  • OKU: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir dan salinan asal kad pendaftaran OKU JKM.

KTMB menyatakan pas percuma MyRailLife dijangka mengurangkan kos pengangkutan kira-kira 500,000 pelajar sekolah dan OKU dalam tempoh setahun untuk perkhidmatan KTM Komuter.

BACA >>> Tak Perlu Lagi Tampal Pelekat ‘Road Tax’ di Cermin, Kini Semua Digital!
BACA >>> Menteri: Kerajaan Jimat RM96j Setahun dengan Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital
BACA >>> Netizan Serang JPJ dan Kementerian, Bengang Tunggu Kod TAC MyJPJ Tak Sampai
BACA >>> Menteri Jawab Soalan Tentang MyJPJ Selepas Netizen Serang JPJ, Kementerian
BACA >>> Cukai Jalan Tak Boleh Mansuh Sebab Sumber Pendapatan Negara

SUMBER: Bernama | Facebook

Anthony Loke Siew Fook Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KITS (KTMB Mobile) KTMB MyRailLife orang kelainan upaya (OKU) Passenger Name Record (PNR)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.