Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Beri Izin Tangguh Perbaharui Cukai Jalan Hingga 31 Mac Ini!
Auto Terkini

Kerajaan Beri Izin Tangguh Perbaharui Cukai Jalan Hingga 31 Mac Ini!

AryonBy Aryon29/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN memutuskan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Bagaimanapun pemandu perlu memastikan kenderaan mereka mendapat perlindungan insurans sah dengan menunjukkan salinan sijil perlindungan kepada anggota polis trafik jika diminta.

8. Pandangan hadapan cukai jalan.

Justeru pemegang LKM dan CDL yang sudah atau bakal tamat tempoh mesti memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu hingga 30 April 2021.

Pengecualian itu dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Bagaimanapun, pengecualian tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan kepada mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Tahun lalu, pengecualian memperbaharui LKM dan CDL pernah dilaksanakan bermula 25 Mac hingga 30 September sepanjang PKP 1.0 dulu.

BACA >>> Cukai Jalan Kereta, Motor Tamat Tempoh Sebelum 3 Tahun Tidak Perlu ke Puspakom
BACA >>> 7 Soal-Jawab: Kenapa Cukai Jalan Sabah, Sarawak Murah Berbanding Semenanjung

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Cara Mohon Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Lesen Kenderaan Motor (LKM) Lesen Memandu Kompeten (CDL) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 PKP 2.0 Roda4
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.