Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan
Auto Terkini

Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize09/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan menaik taraf laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu.

KKR juga akan menyalakan lampu sepanjang malam dan cuaca gelap di laluan motosikal, selain memastikan kerja penyelenggaraan dijalankan tidak menyumbang kepada masalah itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memandang serius isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di CIQ BSI walaupun bukan 100 peratus di bawah bidang kuasa Kementerian.

Menurutnya, KKR memberi komitmen untuk turut sama berusaha dengan agensi lain, termasuk Kerajaan Negeri Johor dalam menangani masalah berkenaan.

Beberapa perkara boleh diambil tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, khususnya menaik taraf laluan motosikal memandangkan kesesakan lalu lintas di bangunan berkenaan turut dihadapi penunggang motosikal,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata agak mustahil menyelesaikan masalah kesesakan di CIQ secara sepenuhnya dalam masa singkat, tetapi percaya jika setiap pihak, termasuk KKR sendiri mengambil langkah proaktif mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu di bawah bidang kuasa masing-masing, kesan positif akan diperoleh walaupun kecil,

Saya sedar laluan motosikal sedia ada yang sempit dan kurang sesuai untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya berpendapat Kementerian perlu melihat semula cadangan menaik taraf laluan motosikal, yang mungkin boleh mengurangkan kesesakan dan memastikan keselamatan penunggang motosikal,” katanya.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan mengejut ke CIQ BSI untuk  melihat sendiri aduan mengenai kerja selenggara yang dikatakan menjadi antara punca kesesakan pengguna jalan raya di bangunan itu.

Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan di CIQ BSI dan sudah mengarahkan tindakan serta-merta diambil serius JKR Daerah Johor Bahru.

Saya melihat kerja penyelenggaraan sudah tidak boleh lagi dijalankan ketika waktu puncak dan perkakasan kerja juga mesti disimpan di tempat yang tidak menghalang laluan. Keadaan fasiliti di CIQ juga mesti sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan keselesaan pengguna.”

Alexander berkata, pihak JKR Johor Bahru memberi jaminan akan sentiasa memastikan perkara ini diberi perhatian serius dan pihaknya akan terus memantau bagi memastikan isu berkenaan tidak menyumbang kepada masalah kesesakan teruk di CIQ.

BACA >>> JKR Jawab Video Netizen Sindir Main Lato-Lato di Pejabat
BACA >>> Kerajaan Lulus Dua Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang

SUMBER:  BHarian

Auto Terkini BSI CIQ Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kementerian Kerja Raya (KKR) kerajaan johor kkr Kompleks Kastam Singapura
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.