Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PDRM: Salah atau Tidak ‘Cop Parking’ Ikut Undang-Undang?
Auto Terkini

PDRM: Salah atau Tidak ‘Cop Parking’ Ikut Undang-Undang?

Han OthmanBy Han Othman15/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MACAM-macam hal orang Malaysia sekarang. Sekarang muncul lagi  isu ‘cop parking’ dan kepada yang terlepas bas, bolehlah tonton semula video mengenai insiden di pusat beli belah Mid Valley, Kuala Lumpur di bawah ini.

Entah apalah masalah orang kita sampai nak parkir pun sampai nak kena buat perangai macam tu. Tak boleh ke bawa bersabar sikit? Setakat ini belum ada lagi pemandu yang maut akibat cari parking tak jumpa. Belum ada lagi juga pemandu yang terpaksa cari parking sampai kena pusing 5 jam. Kalau kau sabar, kau akan jumpa.

BACA >>> Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

Malas nak cakap banyak. Jom kita baca apa pesanan abang Polis kita pasal hal ‘cop parking’ ni. Adakah ia satu kesalahan? Adakah kalau tidak jadi kesalahan, maka seluruh umat Malaysia akan jadikan budaya ‘cop parking’ sebagai budaya hidup dan tarikan pelancong? Fikir-fikirkan…


COP PETAK PARKING?? SALAH ATAU TIDAK?

Siapa pernah ada pengalaman pusing-pusing cari parking, bila dah jumpa tiba-tiba ada pulak orang datang berdiri, duduk atau apa-apa sahaja di tempat tersebut untuk cop parking?

Memang tidak dinafikan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia turut berlaku di beberapa negara maju. Apa yang jelas, tindakan ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain serta membahayakan keselamatan diri sendiri.

Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian ‘Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang’ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama

Auto Terkini Cop Parking Halang Petak Parkir Kesalahan Cop Parking Parkir Polis Diraja Malaysia (PDRM) Undang-Undang Jalan Raya Video Cop Parking
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.