Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenderaan Masuk ke Pulau Pinang Mungkin Dikenakan Caj (Tenang, Baru Cadangan)
Auto Terkini

Kenderaan Masuk ke Pulau Pinang Mungkin Dikenakan Caj (Tenang, Baru Cadangan)

Han OthmanBy Han Othman13/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tergempar, kenderaan yang tidak didaftarkan di Pulau Pinang mungkin dikenakan caj masuk ke negeri tersebut dalam usaha menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.

Idea tersebut dicadangkan ADUN Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee yang menurutnya dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan masuk ke Pulau Pinang. Menurutnya seperti dipetik Sinar Harian, ada lebih sejuta kenderaan membanjiri negeri tersebut berbanding sedekad lalu yang cuma 300,000 kenderaan sahaja.

BACA >>> #Bajet2019: Tiada Lagi Tol Motosikal Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Laluan Kedua Johor!

“Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Kita nak gerakkan manusia, bukan kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi,” katanya.

Kenyataan Jason itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang, tadi. Katanya lagi, jika Kerajaan Negeri mahu menggerakkan manusia, kemudahan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan.

KOMEN KAMI

Sebenarnya jika masuk ke Pulau Pinang (menyeberang ke pulau) menerusi Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama), memang sudah sedia dikenalkan tol, iaitu sebanyak RM7 (masuk sahaja), dan RM8.50 di Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua). Sebelum itu pengguna juga perlu membayar tol di kawasan Seberang Perai sekiranya menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sama ada dari arah selatan atau utara di daerah tersebut.

BACA >>> #Bajet2019: Kenaikan Tol Lebuh Raya dalam Bandar Dibekukan – Bila Nak Mansuh?

Jadi, ini bermakna ada caj berganda dikenakan, iaitu caj akses jalan raya (jambatan dan tol PLUS), dan satu lagi ialah caj masuk negeri seperti dicadangkan. Cuma masih tidak jelas sama ada caj itu dikhaskan untuk menyeberang pulau saja, atau turut melibatkan kemasukan kenderaan ke seluruh Pulau Pinang (darat dan pulau).

Apapun harap bersabar kerana masih peringkat cadangan. Sebut sekali lagi, baru cadangannnn…

Auto Terkini Caj Masuk Pulau Pinang Jason Ong Khan Lee Pulau Pinang tol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

2 Comments

  1. Alson P on 14/11/2018 01:50

    Jika matlamat mengurangkan kesesakan, memang patut tol jambatan p.pinang dinaikkan sehingga 150%-160%.. Manakala tol masuk pusat bandar Penang perlu diperkenalkan.. Kenaikan mestilah drastik, kerana kenaikan kecil tidak memberikesan kepada pengurangan kenderaan… Hasil tol masuk pusat bandar boleh menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam percuma di seluruh pulau…

    Reply
  2. lolsomany on 15/11/2018 00:41

    lebih baik sahaja membuat had kenderaan setiap jam, lagi mudah dan tidak menyusahkan rakyat

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.